Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Tuesday, October 27, 2009

My 'Horse' Broke Its Leg



Semenjak 2 minggu lepas, 'kuda putih' gua ada jak masalah. Sekali tu ada seorang staff kira 'anak buah' jugak la, bagitau kaki sebelah 'kuda putih sebelah pemandu terkena 'tusukan' skru... dan sehari lepas tu gua bawa la 'kuda putih' tu workshop 'tayar'.... lepas skru tu kena cabut, dan syukur jugak la sekurang2nya 'tayar' tu ndak la pancit.... tapi yang gua perasan bahagian dalam tayar tu macam 'haus'. And I forgot to tell my hubby abt the tyre. And the next day.... we went to Kundasang.....



Sampai di Kundasang, sedap2 'kuda putih' tengah parking, suddenly my hubby terperasan pulak 'tayar' yang haus tu... trus dia bagitau....



Hubby gua : Ma, rupanya tayar depan tu di luar masih berbunga tapi rupanya di dalam tu 'haus' betul sudah.



Gua : Ya, mama perasaan juga tu kelmarin masa mama di kedai tayar, sori, lupa pula mama kasih tau...



Hubby gua : Bahaya tu, Ma, bawa kereta kalau ndak 'berbunga'. Nanti hari Isnin la tukar tayar.......



Dan..... hari Isnin tu (19/10) maka bertukarlah dua tayar di depan...... dan tayar di belakang ndak ditukar sebab masih ok lagi.



Dan kelmarin...26/10... seminggu lepas kejadian.... Gua pegi Karamunsing ngan Ija.... bila mau balik ofis.... start enjin.... start ekon...tiba-tiba bunyi...off ekon...senyap...on balik ekon.... berbunyi lagi.... gua kol hubby gua.... dia cakap jgn on ekon.... jadi gua pun drive pegi ofis ngan udara dan angin original.... sudah la panas..... sabar jak gua tu.....



Pagi tadi.... 'kuda putih' sudah dimasukkan ke klinik.... rupanya kompreser ada masalah... ntahlah brapa la hubby gua kena bayar kali ni..... harap2 ndak la 'mahal'... sebab gua baru berniat mau minta RM sbb gua mau beli something...sigh..... pagi tadi hubby gua hantar gua pegi ofis naik 'ribut' dan petang ni hubby gua akan ambil gua... sigh... sabar jak gua....




'Kuda Putih' dibawah inilah yang ada masalah... gua rasa gua kena kasih makan 'kuda putih' gua ni rumput yang berkualiti kali... harap2 petang ni kuda gua ni keluar dari klinik la, kalau ndak gua yang 'patah kaki'.... apa ndak gua ndak dapat pegi mana2..... bikin panas.....






Kelihatan 'Kuda Putih' gua di'tambat' di tepi jalan ketika turun dari Perkasa Hotel, Kundasang. Gunung Kinabalu kelihatan begitu gagah dan mempersonakan.




p/s : Gambar di atas tu adalah gambar anak gua. Berabis dia mau naik kuda di Karambunai. Kalau gua ndak silap, gambar ni diambil 2 tahun lepas.... masa tu umur dia baru 4 tahun, sekarang ni 'bujang' sikit sudah dia.....6 tahun.... hehehehehee

Puan Saiman 'sign out'...

No comments: