Hari ni sudah 17 hari berpuasa. bermakna ada 12 atau 13 hari lagi berpuasa. Dan lagu-lagu raya pun sudah mula berkumandang di stesen-stesen radio... bestnya.. dalam dengar2 lagu raya tu sambil2 melayan perasaan, lebih-lebih lagi masa driving.... ntah la kan, kenapa kalau dengar lagu-lagu raya ni perasaan dia lain macam sikit..... terbayang-bayang di mata suasana Hari Raya...best ooo dengar lagu raya ni, lebih-lebih lagi lagu raya dendangan penyanyi-penyanyi lama.... tapi gua sebenarnya sudah dengar lagu raya ni dari minggu lepas lagi.... ndak cukup dengar cd, gua pasang vcd dalam kereta...'boipren' gua siap beli 1 cd lagu raya yang baru lagi.. tapi dendangan penyanyi2 lama dan baru, tapi yang penting semua lagu tu 'evergreen'....muahahahaha
Cerita family gua pulak...
Seperti yang cerita jumaat lepas, 'boipren' gua berbuka puasa di luar 2 hari berturut-turut.... dan 'boipren' gua ni sudah menebus 'buka puasa' di luar bersama-sama ngan gua, anak gua dan juga bibik gua.... (see bibik juga terlibat dalam kes ini yer kawan-kawan). Hari sabtu dan ahad (kelmarin la tu) kami berbuka puasa di luar... (ya la kan, gua tukang order jak, yang bayarnya boipren gua)... (thanks darling....)
Cerita hujung minggu gua, biasa-biasa jak.... gua seperti biasa 'melekat' ngan kamera gua... macam-macam gambar gua ambil.... tapi tu la kan, kemalasan utk edit dan upload gambar kini kembali menyerang gua... nanti la ah... kalau gua rajin ada la gambar, tapi kalau gua masih malas, baca jak la karangan gua ah...
Cerita bibik gua...
Dalam seminggu dua ni, cerita pasal pembantu rumah begitu 'hit' sekali. Sebelum bibik gua ni gua sudah ada beberapa orang bibik..... tapi tu la kan, manusia, pelbagai ragam dapat dilihat.... cerita pasal bibik gua ni, pernah gua postkan sebelum ni... sila la baca kalau teringin yer...
http://puansaiman.blogspot.com/2008/07/bibik.html
Kebetulan semalam gua pegi rumah parents gua. Gua ngan mummy gua tinguk la Buletin Utama... gua cuma mau tinguk berita pasal 'Pengambilan Pembantu Rumah' ni... dan salah satu disyorkan ialah gaji minima bibik yang baru ialah sebanyak RM800. Yer kawan-kawan, RM800 yer... maknanya gaji bibik lebih tinggi dari kerani di syarikat swasta yer.... Sekiranya ini salah satu syarat yang dikenakan, maknanya gua akan tamatkan perkhidmatan bibik gua..... Dan lepas sahur tadi, gua ada bagitau bibik gua, sekiranya gaji minima ini diwajibkan gua terpaksa berhentikan dia. Kelihatan bibik sedih... tapi apa bulih buat ah bik.... bukan ndak mau sambung kontrak bibik lagi, tapi RM800 TIDAK berbaloi... sebabnya ialah....
1) rumah gua tu bukannya besar pun......
2) Bibik seharian di rumah, sebab anak gua kan sekolah pagi, petang tuisyen. Bila bibik selesai buat kerja jam 9.00 pagi, dia akan duduk di depan tv, sampailah jam 11.45 pagi, lepas tu anak gua pulang, mandi dan makan. Jam 1.45 ptg, anak gua pegi tuisyen... sementara anak gua di rumah, barulah bibik angkat kain dan lipat kain, sebab dia ndak dapat nonton tv, sebab anak gua nonton kartun, bila anak gua pegi tuisyen barulah bibik gua sambung nonton sinetron.... dan kalau cuti sekolah, anak gua pegi rumah parents gua, dan bibik gua akan bersendirian di rumah berseorangan....
3) Dalam setahun, gua bagi bibik gua cuti 2 kali... iaitu bulan Jun.... seminggu dia bercuti.... dan cuti hari raya, pun seminggu jugak....
4) Kalau gua ngan family gua pegi makan angin, bibik gua bawa... segala tambang kapal terbang, hotel dan makan minum gua tanggung, termasuklah gua akan bagi dia duit poket...
5) Kalau gua makan2 di luar... di mana-mana sahaja, gua akan bawa dia...
6) Setiap kali kalau gua dapat bonus, gua akan bagi juga akan bagi dia...
7) Setiap kali hari raya, gua akan bagi dia duit raya..... dan bukan duit merah yer.. tapi duit warna purple... Dan gua juga akan belikan bibik gua baju raya
8) Bibik gua ni TIDAK memasak yer... sebaliknya gua yang masak utk family gua... bibik cuma bantu utk menyediakan bahan mentah sahaja...
9) Lepas makan gua akan cuci pinggan mangkuk yer... gua ndak tunggu bibik buat....
10) Bibik gua tidak pernah menyediakan breakfast utk gua anak beranak, sebab gua ngan 'boipren' gua ndak biasa breakfast di rumah.. dan sebelum pegi sekolah anak gua cuma makan biskut atau bread 2 keping dan minum air putih.
11) Segala sabun mandi bibik dan syampoo serta ubat dan berus gigi bibik dibeli oleh gua. Gua suruh dia pilih lagi, apa yang dia mau pakai.... gua tinggal bayar jak...
12) Kalau gua beli 'baju dan seluar dalam' gua akan suruh bibik gua beli juga, pun gua yang bayar
13) Dan ini yang paling HEBAT, kalau gua ndak dapat hantar bibik gua pulang cuti hujung minggu.... gua akan bagi bibik gua duit utk naik TEKSI.... yer kawan-kawan, bibik gua naik teksi yer dan bukan naik bas....
Sudah 3 tahun bibik gua ni kerja ngan gua. Masa gua ambil dia kerja dulu, bibik gua ni kurus betul. Sekarang ni sudah 'semontok' gua..... sampaikan bibik gua ni cakap semua baju yang dia bawa dulu ndak muat..... Dan selama 3 tahun bekerja ngan gua, bibik gua ni sudah beli sebuah rumah dan 3 bidang tanah, yang penuh dengan tanaman seperti jambu ( disini kita panggil gajus) dan tanaman-tanaman lain. Dan bibik ni bagitau gua, bahawa duit simpanan dia sahaja melebih RM5 ribu duit Malaysia.... ya la kan... rezeki masing-masing kan... tapi selama bibik gua kerja ngan gua, semua kemudahan gua sudah bagi, tapi kalau gaji masih diminta sebanyak RM800, 'boipren' gua akan berhentikan kontrak dia. 'Boipren' gua cakap, daripada bagi gaji begitu mahal, bagus lagi 'boipren' gua bagi dua duit tu kan. Tapi tinguk dulu la, apa keputusan kedua-dua pihak kan.... gua ni ok jak, ada bibik pun ok, teda bibik pun ok jgk.... lagi pun anak gua bukan ramai, seorang jak pun...... Bila gua cakap gua akan tamatkan kontrak bibik gua, dia nampak sedih..... dan dia merayu utk kerja ngan gua lagi..... walaupun ikut gaji sekarang ni.... (gaji bibik sekarang ni pun tinggi jugak).....
Tujuan gua menulis ni bukan apa.... gua bukan berniat mau masuk campur dalam hal kedua-dua negara ni.... ya la negara kita kan berjiran.... sama agama sama bahasa.... tapi kena ambil pro and kon juga kan. Bertolak ansur la... kalau kerajaan menekan majikan seperti ni, tidak mustahil ramai pembantu rumah akan diberhentikan nanti. Sebab adik-adik gua pun bagitau gua, kalau gaji bibik RM800, bagus lagi antar anak pegi nurseri... lagi murah, dan yang penting ndak sakit kepala.... itu gua setuju... tapi yang kesiannya bibik-bibik ni nanti... ya la kan, bukan semua bibik-bibik ni 'nakal' dan bukan semua juga majikan ni 'jahat' kan. Kalau dapat bibik yang ok, ok la kan, tapi kalau dapat yang 'semacam' jak, rugi jak jamin kan, bukan murah tu, lepas tu kalau durang buat hal samaada kita berhentikan atau bibik minta berhenti, segala duit jaminan akan hangus.... sigh... gua sudah pernah kena ni, jadi gua tau macam mana perasaan majikan yang lain. Dan kepada majikan2 di luar sana tu, kalau sudah ndak bersefahaman ngan bibik, janganlah dipukul.... durang pun manusia jugak... berhentikan la ... jangan sebab nila setitik habis susu sebelanga.... Walau apa pun, gua memang mengharapkan 'win-win situation'....
Oh ya.... ada sepa-sepa yang mau ganti bibik gua ka....hehehehehe.........
p/s : bibik gua cakap, kalau gua ndak sambung kontrak dia, terpaksalah dia pulang, berkebun.... cuma gua cakap ngan dia, apa bulih buat bik.... bukan gua ndak mau sambung tapi ndak berbaloi la bayar gaji RM800 dengan kerja yang dia buat, kecualilah gua ni ada 4 atau 4 orang anak kan....
Puan Saiman 'sign out'....
3 comments:
Uishhhh... hot betul cerita pasal bibik ni.... Rm800????????? gilossssssss..... bagus suruh org sendiri yg ambil kerja tu...hehehhehe...
memang nda berbaloi kerja gitu jak gaji RM800!
Mungkin kalau gaji RM800 boleh tambah kerja dia. tapi kerja apa lagi kan?
siok oh tu bibik buli tingu sinetron lagi.
:)
Cj- itu la bah tu, RM800, mcm2 kita bulih beli kan...kalau urg tempatan RM500 pun durang mau, ni kalau RM800, semua tukang sapu mau berenti keja, bagus lagi jadi pembantu rumah kan....
eedany- mimang ndak berbaloi kan dik, RM800, lain la kalau rumah kakak BESAR. Ya, bibik kakak peminat sinetron di TV3 jam 2.30, dan dia peminat setia channel 121 Astro..
Post a Comment