Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Wednesday, June 3, 2009

Cerita Cuti Umum 2




Seperti yang dijanjikan semalam, ini adalah gambar-gambar yang telah diambil di Karambunai. Gambar di bawah ni diambil pada hari pertama di Karambunai. Lepas check in dan rehat sekejap di bilik, Papa bawa Permata Hati pegi driving-range. Naik buggy car, best ohhh..... sampai jak di driving range, sibuk la Permata Hati ngan Papa bawa beg golf masing-masing. Puan Saiman pula, sibuk la ambil gambar..... panas bukan main..... tapi selamba jak Permata hati ngan Papa pukul bola. Adalah dekat sejam kami di driving range ni.







Hari kedua pula, Papa and the gang pegi main golf. Pagi tu, sempat lagi breakfast ngan Papa di 'Penyu'. Tapi Papa ndak lama, dia jalan dulu, jadi tinggal la Puan Saiman ngan Permata Hati makan-makan dan minum-minum. Selesai makan, kami pegi masuk bilik balik, tukar baju Permata Hati, turun balik lepas tu, terus terjun kolam. Dalam 2 atau 3 jam juga berendam dalam kolam (sampai kecut segala-gala....hahahahahhaa). Mandi telampau lama, sampai ada juga geng dia mandi.... Puan Saiman sambil-sambil baca buku (kunun la baca buku... padahal malar la tinguk urang putih yang ensem-ensem..... errkkkk..... ala bukan Puan Saiman ngurat durang, saja la cuci mata....hahahahhaha) <---- tapi CINTA ku masih lagi kuat ngan Papa.... hahahaha.... Lepas mandi kolam, pegi balik bilik, Permata Hati sambung lagi mandi dalam bath-tub. Mungkin sudah puas mandi, Permata Hati minta masak megi. Apalagi Puan Saiman pun tumpang sekaki la, masak megi..... lepas kami makan megi, Puan Saiman tutup langsir, pasang ekon... trus kami pun ZZzzzZZzzzzZZZZzzzzz....................
Puan Saiman cuma terbangun bila dengar orang masuk bilik.... buka mata, rupanya Papa sampai...... Papa bawa makan, tapi Puan Saiman malas mau keluar sebab Permata Hati masih lagi tidur..... Jadi Papa seperti biasa dengan baik hatinya order room service.... Papa cakap 'order apa jak yang Mama mau makan'... yesss....... Maka, Puan Saiman pun minta Papa orderkan 6 pieces Chicken Wings (ntah apa nama dia tu, lupa pulak). Setengah jam kemudian, maka chicken wings yang sedap tu pun dihantar ke bilik. Mungkin keharuman chicken wings tu, Permata Hati terus bangun dan makan.... hahahhahaha...... Syukur Alhamdulillah..... Petang tu sekali lagi Permata Hati terjun kolam dan kali ni Puan Saiman bersantai-santai di tepi kolam sambil minum air kelapa...yummy... dan ditemani oleh Papa..... Sambil-sambil tu dinyanyikan oleh alunan muzik dan lagu oleh Trio ni..... dan sambil-sambil tinguk orang buat ice carving..... errrr.... gambar kemudian la ok.....


Lepas puas mandi, balik bilik... dan bersiap..... Papa bawa pegi makan di Gayang..... dan tetamu kami ialah ipar Puan Saiman, yang pulang bercuti dari Sibu.... tapi ipar Puan Saiman ni sudah balik ke Sibu kelmarin petang.....hehehehhehe




Gambar di bawah ni - baris pertama gambar - diambil masa Permata Hati simpan beg golf dia atas buggy, lepas selesai dia pukul bola.... dan gambar - baris kedua gambar- ni diambil masa hari terakhir di Karambunai..... Selesai mandi kolam, Permata Hati minta bawa pegi beach... nah ko.. berapa hari ni Karambunai ndak hengat mau pegi beach, hari akhir barulah Permata Hati minta bawa... jadi untuk memuaskan hati Permata Hati, Puan Saiman pun bawa lah juga......



Sila la jamu mata di bawah ni..... tapi jangan tenung orang ensem sebelah Permata Hati tu ah..... itu Puan Saiman yang Punya...... Puan Saiman yang Punya....hahahahaha (<--- intonasi sila ikut style Jin dalam cerita Ahmad Albab)......




p/s : semalam, lebih kurang jam 7.00 malam, Puan Saiman ngan Papa hantar Noi sekeluarga bersama ngan Adik ke airport.... durang kini sedang bersuka ria di Jakarta dan akan ke Bandung esok........ bestnyerrrrrrr.............
Puan Saiman 'sign out'




No comments: