Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Wednesday, May 27, 2009

Teda ekon....

Apa yang patut kita buat kalau teda ekon dan juga teda kipas....


1. Buka tudung.... eppp..... bukan buka semua, jangan buka di kepala tu.... buka hujung tudung (yang biasanya kita sangkut di bahu tu)... dan hujung tudung depan sebelah kiri letakkan di belakang bahu dan begitu juga di sebelah kanan tu..... kalau ada orang datang di tempat anda, sila baiki tudung anda supaya bahagian depan yang seksi dapat disembunyikan dengan serta merta..... hahahhahaha


2. Gunakan sebarang kertas yang keras, kalau ada penutup kotak bekas kasut lebih baik, untuk mengipaskan bahagian yang kepanasan.... hahahahha... jangan salah sangka ah..... terutama di bahagian belakang baju dan depan badan......


3. Minum air banyak-banyak.... kalau ada ais lagi best ni.....


4. Kalau ndak tahan, sila undurkan kerusi anda, berdiri dan berjalan ke pintu 'main door'... jgn lupa bawa kunci kereta...
5. Kalau di luar pintu bangunan masih lagi panas, sila jalan-jalan sambil berlenggang kangkung, ke parking kereta.
6. Kalau masih lagi kepanasan, sila buka alarm kereta, buka pintu, naik kereta, dan start kereta. Hidupkan ekon, dan pasangkan radio... kalau pasang vcd ultramen pun bulih, sambil ber'ekon' bulih menonton ultraman... dengan harapan ultraman akan datang membantu... hahahaha
7. Tapi kalau masih ndak puas hati, masuk gear 1, atau pegi D (klu auto), mulakan perjalanan dan kalau jumpa roundabout, pastikan pusing 4 atau 5 kali.....
8. Kalau lagi ndak puas hati, drive terus pulang (dan check apa bibik buat di rumah...hahahhaha), eeepppppp..... Perbuatan ini dilarang ah... (terutama masa pejabat), kalau buat juga, risiko tanggung sendiri...
9. Kalau sudah pusing di roundabout, sila balik ke parking kereta dan 'park' la kereta anda dengan sewajarnya. Sila matikan enjin kereta dan mulakan perjalanan kembali ke ofis.
10. Duduklah di tempat anda selama sejam dua, dan kalau berpeluh dengan 'meriah', sila kembali ke no.4 dan buatlah berkali-kali sehingga terasa muntah dan migraine.
11. Kalau muntah dan migraine datang, sila ke klinik, minta 'jab' dan sick leave.... hehehhee... selamat bercuti, dan sekiranya kembali ke pejabat, ekon masih belum ok dan kipas pun belum ada, silalah ambil cuti... itupun kalau cuti masih banyak, kalau cuti tinggal macam jari dinasour, sila lupakan niat anda (baca : macam Puan Saiman... baki cuti sama banyak macam jari dinasour) hahahahaha
Penafian : Semua di atas adalah dibawah 'pengaruh tidak sedar' kerana peluh yang telah dikeluarkan adalah berlebihan dari yang sepatutnya. Pada ketika ini, semua tulisan diatas adalah ilusi Puan Saiman.... (baca : Puan Saiman syak, pengaruh pengeluaran peluh mempengaruhi cara penulisan pada hari ini... jadi jangan salahkan Puan Saiman)....
Puan Saiman 'sign out'........

No comments: