Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Tuesday, September 30, 2008

Yeyy...yeyy...bisuk Raya



Alhamdulillah, hari ni masuk 30 Ramadhan kita berpuasa. Sejak ada Permata Hati ni, Puan Saiman terasa juga kemeriahan Aidilfitri. Ya la bah, kalau dulu berdua jak ngan Papa, sekarang ni sudah tahun ke-5 kami beraya ngan Permata Hati. Meriah betul rasanya membeli baju budak2, macam2 perangai budak2 bulih kita nampak. Ada yang menangis, ada pilih baju sendiri, ada yang ibu bapa mau kasih try baju, anak2 tu malar lari sana sini, macam2 la gaya durang bulih nampak tu.




Semalam sebelum tidur, Permata Hati tanya Puan Saiman, jadi ka hari 3 (baca: Rabu) Hari Raya. Bila Puan Saiman cakap ya, bukan main gembira dia sambil cakap, 'kalau gitu bulih sudah makan pagi ka tu, Ma'. Puan Saiman cuma angguk jak. Semalam masa di rumah bapa, bibik ada tanya dia, malam ni mau tidur di rumah atuk ka? Bulih2 dia jawap ok. Alamak nak oii... rumah kita bukan jauh. Puan Saiman harap2 dia minta bawa pulang la. Bukan apa, rumah Puan Saiman ngan rumah bapa, 7 minit jak pun. Lain la durang Noi, Ning ngan Didik.




Menjelang Hari Raya ini, Puan Saiman ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca blog Puan Saiman. Terutama kepada Papa, terima kasih sebab memberikan peluang kepada Puan Saiman untuk Berhari Raya bersama keluarga sebelah Puan Saiman setiap tahun, kecuali 2 tahun yang lepas, yang mana itulah Hari Raya kita yang terakhir bersama Arwah Y. Puan Saiman ndak akan lupa sampai bila2 bilamana Papa bagitau 'ndak apa la kita beraya di KK dulu sebab bapa ngan mummy masih ada. Jadi kita dahulukanlah orang tua yang masih ada. Kemudian baru kita balik Kudat (thank you, Pa. Mama and Abang luv you very2 much. Papa tau juga kan). Kepada bapa ngan mummy, semoga Hari Raya ni membawa keberkatan kepada kita semua. Kepada adik beradik Puan Saiman, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga hubungan kita adik beradik sentiasa diberkati olehNya.


Kepada semua, sila la terima duit raya di atas tu ah....hehehehehehe......

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin

Daripada : Puan Saiman, Papa dan Permata Hati.

Monday, September 29, 2008

Perancangan Aktiviti Sepanjang Minggu

Assalamualaikum,



pejam celik, pejam celik, Insyaallah lusa (01/10) beraya la kita bah kan. Jadi seperti biasa, Puan Saiman ni sudah merancang apa mau di buat. Uiiinnaaa..... bukan 1 atau 2 hari Puan Saiman fikir sudah 3 minggu yang lepas..... Jadi ini aktiviti dalam perancangan Puan Saiman minggu ni.....


Hari Isnin (29/09/2008)
Petang ni sekali lagi Papa bawa keluar buka puasa. Insyaallah lepas buka puasa, Puan Saiman terus pegi rumah bapa, sebab sudah janji ngan mummy mau masak sup tulang, utk buka puasa besok petang. Selalunya kalau Puan Saiman open house ataupun ada kenduri, selalunya sup tulang yang Puan Saiman masak selalu kena cari, jadi inilah rahsiannya. Kalau mau, sup tulang kita tu sedap, masaklah sehari lebih awal. Contohnya, kalau mau makan esok petang, masaklah malam ni. Supaya rasa bumbu2 sup tu lebih masuk ke dalam daging tu. Daging lebih lembut dan anak2 pun suka makan. Esok, semua adik beradik Puan Saiman akan berbuka puasa di rumah bapa dan sebab tu la Puan Saiman masak sup tulang. Supaya bolehlah buat mee soto terus kan.


Hari Selasa (30/09/2008)
Insyaallah, memandangkan Puan Saiman kerja lagi hari Selasa, jadi Puan Saiman akan pegi rumah bapa lepas pejabat. Sudah berjanji ngan Noi, kami akan mula potong2 daging, kentang dan sebagainya. Harap2 Ning, As ngan Didik akan tolong. Ehem...tolong gossip....ooppssss...puasa pulak, ndak bulih buat gini ni. Adik pula akan jaga anak2 buah dia....hahahahaha. Lepas buka puasa baru hantar bibik pulang. Ini permintaan bibik juga, dia mau berbuka puasa ngan kami, Puan Saiman teda halangan, lagipun kesian dia bukannya ada adik beradik di sini. yang ada cuma saudara, itupun dia cakap saudara jauh. Malam tu kami akan bermasak2 la.


Hari Rabu (01/10 - 1 Syawal)
Pagi Raya ni, selepas Papa ngan Permata Hati sembahyang Raya, Puan Saiman akan tunggu di rumah jak. Lepas Papa pulang, salam2 ngan tunggu duit Raya dari Papa, baru pegi rumah bapa. Di rumah bapa, salam2, nangis2, makan2, lepas tu baru pulang kampung...(ala bukan jauh pun kampung, ndak sampai 20 minit perjalanan. Pegi rumah Bapa Tua, lepas tu singgah rumah Didik, makan2 lepas tu trus pegi rumah Mendiang Apo. Puan Saiman sudah kestau mummy, kami mau bawa makanan pegi sana, bagi Kung2. Sebelah petang ni, Noi akan pulang ke rumah mentua dia di Papar.


Hari Khamis (02/10 - 2 Syawal)
Kemungkinan, Puan Saiman akan terus beraya di rumah bapa jak. Makan, minum, makan, minum. Kalau pulang rumah pun, makan2, baring2, tinguk tv...muahahahaha


Hari Jumaat (03/10 - 3 Syawal)
Puan Saiman akan pegi rumah mummy. Lepas Jumaat, dan lepas makan (jangan lupa makan), kami akan berangkat ke Kampung Papa di Kudat. Kami guna 3 kereta. Puan Saiman bawa kuda putih, Papa akan bawa 'ribut' dan Ning bawa G** 2. Jadi kalau ada sepa2 yang berselisih ngan kami tu, jgn la segan2 angkat tangan yer...


Hari Sabtu (04/10 - 4 Syawal)
Insyaallah, pagi tu Puan Saiman ngan Papa akan pegi kubur, Lepas tu baru bawa durang semua pegi singgah kampung Papa. Lepas tu singgah makan di Kudat Go*f Club (ngam ka nama dia tu ah)..... kalau sempat durang Noi minta bawa pegi Simpang Mengayau. Lepas tu pulang lah KK balik.


Hari Ahad (05/10 - 5 Syawal)
Insyaallah Papa akan bawa Puan Saiman ngan Permata Hati pegi Karambunai Go*f Club utk breakfast. Sedap ohhhhh... dia punya mee....


Hari Isnin (06/10 - 6 Syawal)
Papa ngan Puan Saiman masih lagi bercuti. Jadi kemungkinan besar Permata Hati pun 'bercuti' la juga tu. Puan Saiman kira mau bawa Permata Hati tu pegi 1Borneo.


Inilah perancangan Puan Saiman sepanjang minggu ni. Sehinggalah Isnin minggu depan. Jadi kepada semua Puan Saiman sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Sekiranya ada terkasar bahasa, mohon dimaafkan. Kepada anda di luar sana, yang akan memulakan perjalanan yang jauh, berhati-hatilah ketika memandu.

Friday, September 26, 2008

Birthday Girl

updated on 26/09/2008, 10.10pm.


Tadi Puan Saiman sudah berbuka puasa ngan Papa di Thien-Thien Jalan Gaya. Terpaksa cepat-cepat makan sebab ramai orang menunggu tempat. Nasib baik Papa awal pegi sana dan sudah order makanan. Puan Saiman pula sampai dekat jam 6.00 sudah. Puan Saiman ndak drive, Papa suruh naik teksi saja sebab 'Ribut' Papa di office. Jadi ndakkan pulang nanti guna 2 kereta kan. Sudahlah jalan jammed gila.


Selesai buka puasa jam 6.30pm, trus Papa bawa pegi Warisan Square. Papa tanya mau pegi Carlo Rino ka? Aikkk cam mana Papa tau ni ah (baca : amacam Papa ndak tau, 2 minggu Puan Saiman cakap benda yang sama jak) hahahahaha......Papa dengan baik hati kasih beli Puan Saiman sepasang kasut Carlo Rino ngan handbag ...yahoo.... lepas tu yang sioknya tu Papa cakap kalau ada rezeki lebih Papa sponsor beli mesin jahit...... senangnya hati Puan Saiman dengar.


Keluar dari Butik Carlo Rino, Puan Saiman bawa Papa beli buku di Times. Puan Saiman beli buku The Kite Runner by Khaled Hosseini sama buku As I was passing by Adibah Amin. Ndak sabar sudah mau baca ni. Keluar dari Times bookstore tu, Papa bawa lepak sekejap pegi Starbuck. So lepak sekejap, Papa sibuk ngan Apple notebook dia, so Puan Saiman ambil kesempatan start baca The Kite Runner. Tapi baru baca a few pages, tiba-tiba teringat Permata Hati di rumah. So Puan Saiman bawa la Papa pulang. Tapi sebelum pulang, singgah lagi di Watson, beli Brands InnerShine Prune Essence (4 kotak). Semua Papa bayarkan. sioknya... Alhamdulillah.... Papa cakap ada rezeki, jadi rezeki tu utk Puan Saiman ngan Permata Hati. Thank you Pa, I love you... 


Sampai di rumah jam 9.00 malam. Kiranya mau bawa Permata Hati jalan, sekali tinguk si kawan sudah tidur. Jadi Puan Saiman ngan bibik pasang la pelita. Sioknya. Lama betul sudah rumah Puan Saiman ni ndak pasang pelita, rasanya lebih kurang 5 tahun sudah. Lepas pasang pelita, Puan Saiman masak utk sahur bisuk pagi. 


Tadi Puan Saiman minta Papa ambil gambar barang-barang yang Papa kasih beli, tapi masalahnya Puan Saiman ndak pandai betul guna notebook apple Papa ni. Berapa kali sudah balik2 disconnect. Panjang2 taip, last2 hilang...sigh....

Shopping.

Semalam, Noi anak beranak berbuka puasa di rumah Puan Saiman. Petang tu Puan Saiman beli makanan di Sembulan jak. Beli la mee, murtabak jawa ngan kocung. sampai rumah lebih kurang jam 3.30, mandi dan terus tertidur. Masa ni Permata hati tengah tinguk kartun dalam bilik Puan Saiman. Puan Saiman ndak suruh pegi tuition sebab lepas maghrib nanti mau jalan pegi 1Borneo. Mcm baru jugak terlelap, Puan Saiman dengar la bibik bisik2 ngan Permata Hati suruh mandi. Jadi Puan Saiman cakap la ngan Permata Hati, pegi la mandi. Bila Puan Saiman buka mata, tanya la bibik, mau hujan ka di luar ? Bibik cuma cakap nda cuma macam mendung sikit. Puan Saiman cakaplah ngan Permata Hati tu pegi la mandi, mama mau tidur sekejap. Sekali bibik cakap, 'kak, sekarang ni dekat jam 5.30 sudah'. Apa lagi kelam kabut Puan Saiman bangun.

Sebab Sungkhai jam 6.13 petang, Puan Saiman keluar dari bilik, bibik sudah sediakan semua atas meja, kecuali buat air. Memang tugas Puan Saiman pun buat air. Ala.... bukan susah pun, buka jak buah dalam tin, letak air gula dalam bekas, tuang air buah, letak air sedikit sama air...wallla.... amacam, senang kan.


Jam 6.00 durang Noi datang, lepas buka puasa, Puan Saiman salin baju ngan Permata Hati, lepas tu tunggu Papa ngan suami Noi solat. Lepas solat kami pun jalan. Didik sekeluarga, Ning sekeluarga, mummy ngan adik pun ikut. Jam 7.30 malam sampai di 1Borneo. Pusing2, pilih2, bayar2....Alhamdulillah. Puan Saima pegi pula masuk Kamdar. Bibik nampak ada jual baju tidur, dan dia bagitau la bah yang kain baju tidur tu macam di rumah yang selalu Puan Saiman pakai tu. Sekali Puan Saiman check,brand yang sama Puan Saiman beli di Genting 2 tahun lepas. Apalagi terus angkat 3 helai...hehehehe.... Lepas tu bawa budak2 tu pegi tempat permainan tu. Jam 9.45 malam, Puan Saiman bawa pulang, sebab esok pagi budak2 tu mau pegi sekolah kan. Bila turun pegi ground floor, nampak durang Ning, Didik ngan Mummy di Tomei....Puan Saiman pun apa lagi buat2 sibuk la...psstt...(sebenarnya mau tinguk jak apa durang beli... tapi ndak lama Puan Saiman terpaksa pulang sebab Permata Hati, Izz ngan adik Akma mau tidur. Tapi bukan pulang terus pun, singgah lagi di Restoren Salim. Pekena teh tarik. Tapi yang paling best bila, Permata Hati ngan Izz order 2 biji telur dadar setiap seorang, lepas tu makan nasi lemak lagi. Apalagi Noi, dia pun minta juga 2 biji telur dadar campur bawang... yum..yum..yum... selesai minum, Noi belanja. Sekali mau naik kereta, tiba2 hujan lebat pulak, sampai Puan Saiman gurau la cakap ngan Noi, ni hujan ni ada 2 sebab ni, pertama membeli baju utk budak2 cam ndak ingat dunia, yang kedua terkejut kali langit tu nampak kami berangkut ngan budak2 tu pegi Restoren Salim malam2. Dalam restoren tu kami jak yang ada bawa budak2....hahahahahaha...... lepas tu Adik Akma bukan main lagi tidur.

Sampai rumah dekat jam 11.00 malam, lepas tu cerita2 lagi. Tapi apa kes, Adik Akma dari Restoren Salim sudah tidur, tapi bila sampai rumah Puan Saiman, bukan main lagi dia segar bugar bermain...hahahahaha...budak2 kan.....Papa ada kasih nampak notebook baru dia ngan Noi, apalagi Noi, trus berniat mau beli jugak....menjadi betul psiko Papa sama Noi tu....hehehehe.... jam 11.40 malam baru durang balik.... ni baru beli barang utk budak2 ni, belum lagi minggu depan kami berkumpul di rumah bapa ni.....silap2 budak2 tu ndak tidur.... So Selamat Berhujung Minggu. Jangan susah Puan Saiman belum cuti lagi, minggu depan kerja lagi sampai hari Selasa.

Psssttt.... Petang ni Puan Saiman mau pegi Buka Puasa ngan Papa. Papa belanja. Papa bawa pegi Hyatt, tapi Puan Saiman ndak mau sebab berapa sangat la bulih makan utk buka puasa kan. Papa offer pegi Restoren Rasa Nyonya, pun Puan Saiman ndak mau sebab kami makan berdua jak, last2 Puan Saiman bawa pegi Restoren Thien2 sebab Puan Saiman suka makan Stim Ikan dia...yum...yum...yum...Sebab hari ni kan Birthday Puan Saiman so Permata Hati tinggal ngan Bibik sebab malam ni main movie Ben 10 di Astro 616.

Tuesday, September 23, 2008

Rezeki yang tidak dijangka.

Rezeki ni kan datang bila-bila masa jak tanpa kita sedari. Kadang-kadang bila kita malar tunggu ndak pandai ada (contohnya cek). Tapi kita ndak tunggu, tup-tup datang pula depan mata. Semua rezeki ni dari Tuhan. Kadang-kadang kawan yang bertahun-tahun pinjam RM sama kita pun, tup-tup bayar hutang...syukur Alhamdulillah. Itu pun kalau dia ingat, kadang2 kita pun ndak tau si kawan tu lupa ataupun buat-buat lupa.
Kadang-kadang, masa sesak betul sudah, tiba-tiba ada pula rezeki yang datang tanpa diduga. Kadang-kadang, bila kita berniat mau berbuat sesuatu, tapi rezeki tidak mengizinkan, tapi tiba-tiba ada pula rezeki yang datang tanpa disangka dan kita dapat meneruskan niat tersebut.
Walau apapun keadaannya, rezeki dari Allah kepada hambaNya memang sukar dijangka. Kalau bukan rezeki, gula-gula dalam mulut pun boleh terkeluar dari mulut, inikan pula rezeki yang belum pasti kita dapat kan. Papa selalu ingatkan Puan Saiman, Insyaallah adalah rezeki kita tu, cuma kita belum pasti bila. Yang penting kita bersabar.
p/s : kepada Ning, terima kasih sebab belanja 'Buka Puasa' petang ni.

Friday, September 19, 2008

Ndak tau apa mau letak tajuk

Semalam, kawan ni ada sms dan membawakan perkhabaran yang baik. Kalau teda aral melintang Insyaallah jadi la beli benda ni. Betul2 Puan Saiman ndak sabar sudah ni. Papa pun sudah bagi green light semalam.... tq ah Pa... Dan Papa pun bagitau la teda duit Raya for Mama. Well.... never mind as long as mama can get this thing, kan. Ndak sabar sudah ni. Kalau jadi mungkin bulan Oktober. So any news nanti Puan Saiman bagitau ok.
Cerita pre Hari Raya.
Sedih tul Puan Saiman. Bukan sedih apa, cam teda jak Bonus ni. Bukan apa, Puan Saiman sudah berniat, kalau bonus tu ada, boleh lah Puan Saiman bagi ngan mummy Puan Saiman bikin belanja. Kesian tul durang bapa tu, bapa kan sudah pencen bulan Jun. Masalahnya sampai sekarang ni duit pencen bapa belum keluar. Ni mau raya la...sigh..... Jadi kalau ada bonus tu boleh jugak bagi durang bapa kan. Mudah-mudahan adalah rezeki nanti kan.

Wednesday, September 17, 2008

Astro oh Astro...


Sepa ada Astro angkat tangan......

Ini ada cerita pasal Astro yang bangang.
Astro ada kirim bil. Tarikh akhir pembayaran bil adalah 30/9/2008, Papa bayar 15/09/2008 TAPI yang BANGANG nya, adakah patut dia potong on 16/9. Oiii sepa2 yang kerja di Astro ni ah..bikin panas betul..... ini bukan free tau kami bayar.
Mesti kamurang heran kan kenapa Puan Saiman ni marah2. Apa ndak marah kalau dia potong sampai dua kali. Mula2 jam 10.00 pagi, bila ndak sudah dapat channel, Papa kol. Dorang say sorry la..bla..bla...bla.... Ok after half an hour dia cakap should be ok. Memang betul sangat efisyen, ndak sampai pun half an hour ada sudah service. Ok so far so good. Tengahari tu Papa bawa jalan, balik jam 4.30 petang. Sekali Puan Saiman on tv...ah sudah balik.... kena potong lagi. Apa lagi Papa pun kol la balik (sib baik Papa yang kol, kalau Puan Saiman yang kol, mau kena sedas dua juga durang ni) . Kalau kali pertama tu dia cakap ada technical problem boleh la kena terima kan, tapi for the 2nd time... ini sudah lebih beb...... sudah la di rumah tu ada 2 dekoder Astro..... 'sigh'.....
Alahai... sib baik Astro ni kan 1 jak, kalau ada brand lain yang setanding ngan Astro ni.... SELAMAT TINGGAL LA KO ASTRO.....

Monday, September 15, 2008

Birthday Present

Psssttt...... minggu depan Puan Saiman birthday. Hari JUMAAT, 26/09. Semalam buka puasa di luar. Papa bawa Puan Saiman ngan Permata Hati jak. Bibik tinggal sebab ndak puasa (ndak puasa bersebablah kan). Tapi dalam ndak puasa pun Puan Saiman tetap tapaukan dia makanan. Lepas makan, Permata Hati bawa pegi Karamunsing. Papa cakap kedai tutup sebab hari Ahad kan tapi Permata Hati tu cam biasalah selagi ndak nampak sendiri, ndak la dia pecaya tu.
Round2 di Signature, Papa cakap la ngan Puan Saiman mau beli meja ping pong. Mula2 Puan Saiman sangka la harga dia 3,4 ratus tapi sekali Puan Saiman tinguk RM990...mak oiiii..... Papa cakap bulih buka dan main di garaj. Tapi masalahnya bila masa mau main... Hujung minggu hari Sabtu jak sudah ada program yang wajib. Hari minggu jak dapat main tu, tapi masalahnya juga berapa lama Papa ngan Permata Hati bulih main... tunggu la ah Pa, besar sikit dulu Permata Hati tu. Dulu beli 1 set 'club' golf tu pun ndak terpakai....opssss... bukan ndak guna tapi JARANG betul guna sebab banyak betul komitmen (uiiinaa..sibuk kalah menteri kan). Dalam bergurau tu, Puan Saiman terlepas cakap ngan Papa... Puan Saiman cakap la, daripada beli tu bagus lagi kasih beli gelang ka..... lagipun lama betul sudah ndak masuk kedai emas ni....opssss... (sebenarnya bukan kemaruk pun mau pegi kedai emas, tapi Puan Saiman selalu cakap gitu ngan Papa kalau Papa mau beli benda yang Puan Saiman ndak suka).
So, malam tadi Papa ada kestau ngan Puan Saiman, minggu depan buka puasa di Hyatt ngan Permata Hati. Puan Saiman ni makan di mana-mana pun ok jak. Tapi sudah Papa offer di sana, ala rezeki jangan di tolak kan, lagipun kalau ndak ikut pegi sana, nanti Papa kecil hati pulak kan.... heheheheheh, alasan tu. Ok set, buka puasa minggu depan hari Jumaat di Hyatt. Hari Khamis minggu depan sudah janji ngan Noi mau pegi 1Borneo. Insyaallah kalau tiada aral melintang kan. Kita ni merancang jak kan.
Tahun ni masuk 13 tahun sudah Puan Saiman kahwin. Dan selama 13 tahun tu jugak ada jak hadiah yang Puan Saiman terima dari Papa. Tahun lepas Beg Bon*a. Tahun sebelumnya jam Bon*a jugak. Tahun sebelumnya pun ada, tapi Puan Saiman ndak ingat apa. Jadi utk tahun ni, ala2 apa2 pun bulih bah. Puan Saiman ni bukanlah mau hadiah pun, yang penting Papa ingat birthday Puan Saiman kan. Tapi kalau ada pun OK jugak...hahahahahaha.... Nanti Puan Saiman bagitau ah, apa yang Papa belikan. Setiap tahun Puan Saiman mesti dapat hadiah 2 kali, 1 utk birthday dan 1 lagi utk anniversary. Papa pula dapat 1 kali jak, sebab birthday Papa & wedding anniversary cuma beza 4 hari (baca : selamat duit mama...hahahahahahaha)
p/s: Pa, kalau Papa terbaca ni kan, ala mama ni bukannya kisah sangat, kalau Papa ndak tau mau kasih mama apa...... kasih jak mama cash, pandai la mama mau beli apa..... {{{{{{{{hahahahahahahahaha}}}}}}........................

Friday, September 12, 2008

Kejadian di Kota Kinabalu International Airport (KKIA)

Nampak tajuk di atas tu. Memang ini lah yang Puan Saiman mau cerita.
Orang kita ni, tapi bukan semua ah..... ingat sekali lagi (BUKAN SEMUA ORANG), betul-betul bodoh sombong dengna bangsa sendiri. Ini Puan Saiman sendiri yang mengalaminya. Pada 19/8 yang lepas Puan Saiman. Permata Hati minta bawa pegi ke Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). Sebab ada 1 kedai buku yang nama dia 'BOOKS AND MAGAZINE'. Permata Hati nampaklah beberapa buku Ben 10 dan magazine. Tapi malam tu Permata Hati cuma ambil coloring book Ben 10 tu berharga RM9.00. Ala ndak apa la kan, asal jak dia mewarna ndak apa la kan.
Dijadikan cerita, beberapa malam lepas tu iaitu pada 22/09, Permata Hati bawa lagi ke sana, kebetulan juga pada 23/9, Adik ada hal di airport tu, jadi Puan Saiman bawalah mummy ngan Adik pegi. Sambil tu bolehlah round2 airport baru kan. Jadi malam tu sekali lagi Permata Hati beli magazine Ben 10 berharga RM25. Ndak apa la kan. Lagipun sejak ada magazine ni Permata Hati tu rajin mengeja.
Seminggu kemudian, iaitu pada 29/8, Bibing ngan Aming tidur di rumah, jadi Puan Saiman berniat pegi ke airport pada 30/8 sebelum hantar durang pulang ke rumah. Papa ada belikan budak-budak ni jam Ben 10. Ndak apa la rezeki budak2 kan. Ketika berada di airport, Puan Saiman berniatlah mau belikan budak-budak ni magazine tersebut. Kebetulan masa ni juga, ada dua PEKERJA kedai BOOKS AND MAGAZINE ni sedang menyapu. Bila budak2 ni masuk, tau apa seorang pekerja tu buat. DENGAN MUKA MASAM, DIA TENUNG PUAN SAIMAN, NGAN 2 BIBIK SAMA BUDAK2 TU SEKALI CAM NAK MAKAN ORANG. Masa ni Puan Saiman tengok la dia balik. Puan Saiman senyum la, bukan dia senyum dia balik, tapi cara dia tenung budak2 tu, cam nak telan. Ala biasalah budak2 kan sibuk nak pilih buku kah magazine ka. Yang seorang tu tak peduli sangat, tapi ni la seorang minah ni... tak patut ngan BERT*D*NG. Perangai begini la kenapa bangsa kita tak dihormati. Bila Puan Saiman nampak jak perangai pekerja tu ndak berubah, terus Puan Saiman ndak jadi kasih beli budak2 magazine. Dengan suara yang kuat, Puan Saiman minta bibik-bibik ambil budak2 tu keluar dari kedai tu.
Nampaknya tiada rezeki la tuan punya kedai tu malam tu. Hairan juga kan kenapa bangsa kita sendiri jarang mau berbaik2 dengan pelanggan sesama bangsa. Padahal kalau kita masuk kedai tu, walaupun kita tidak membeli tapi kita ni kan pembawa rezeki kepada tuan rumah/tuan kedai. Mentang-mentang la Puan Saiman ni cuma pakai t-shirt, bertudung ngan seluar slack dan cuma pakai sandal biasa, tidak dilayan.. 'Oiiii Cik adik oiiii.... jangan sangka orang begini teda duit mau beli tau.....'. Tapi kalau Mat Salleh ndak membeli pun ndak apa.....
Semua orang tau, ini bukan salah kedai tapi salah PEKERJA ni. Terlalu memilih bulu. Hairan betul. Kepada Tuan Punya kedai Books and Magazine ni, Puan Saiman bersimpati kepada anda kerana anda mempunyai seorang pekerja yang sangat memilih bulu. Sebab Puan Saiman sebenarnya suka membeli buku ditempat anda. Kalau begini lah sifat dan cara layanannya kepada pelanggan.....hmmm........( lu fikir la sendiri).
p/s: selepas kejadian tu, Puan Saiman sanggup mencari buku atau magazine di tempat lain ngan Papa sama Permata Hati. Rupa-rupanya bukan Puan Saiman seorang sahaja yang terkena ngan kejadian ni, ada beberapa kawan Puan Saiman juga mengalami nasib yang sama. Akhirnya kami berpakat kami tidak akan ke sana lagi, lagipun bukan di KKIA tu jak ada kedai buku kan... banyak lagi di KK ni..... kan kawan-kawan....

Thursday, September 11, 2008

Jodoh kita.

Awas, entry ini tersangatlah panjang......................

Sudah berapa kali Puan Saiman taip entry ni, lepas taip delete balik....alahai... Puan Saiman ni tua ndak la berapa tua, muda pun ndak juga berapa muda.... tapi Puan Saiman selalu cakap ngan Papa, kalau Puan Saiman ni ndak cantik (sila makan ubat penahan muntah okeyyy), silap2 Papa pun ndak mau tinguk, bukan setakat tinguk jak, jeling pun ndak mau tu.... makanya sebab cantiklah dan bertapa ayunya Puan Saiman ni maka Papa suka tu (kalau anda yang baca ni muntah, sila jumpa doktor ahh...) sudahlah ayu, badan pun cute betul...hahahahaa...... Tau apa respons Papa... dia senyum jak...cissss.....
Kadang-kadang bila kita mau cari pasangan ni pun kalau bulih perkara yang pertama sebelum kahwin tu biarlah pasangan kita tu direstui oleh ibu bapa. Sebab kadang2 walaupun pilihan kita tu sehensem Brad Pitt atau Tom Cruise, kalau ibu bapa ndak berapa berkenaan tu mesti ada SEBAB. Tapi tu lah kan, bila sudah terkena panahan cinta ta*i kucing pun rasa coklat. Betul kan... ala apa pulak ndak betul, Puan Saiman pun pernah bercinta jugak. Sebab dengan restu orang tua, doa orang tua, Insyaallah rumahtangga akan sentiasa dilindungi olehNya. Tapi biasalah kan kalau bergaduh sikit-sikit kan, ala biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita laki bini kan.
Tolak ansur paling penting. Bila kita berkahwin, kita bukan jak berkahwin dengan pasangan kita tu, tapi kita juga sudah jadi sebahagian daripada keluarga pasangan kita tu. Kalau ada kenduri kahwin ka, masa kesusahan ka (baca : masuk hospital atau orang sakit), wajiblah kita melawat, walaupun sekejap dan kalau kita sendiri tiada masalah kan. Tapi kalau ada kesempatan tu pegi la. Janganlah pulak pasangan kita jak malar pegi tempat kita tapi kita sendiri ndak la pegi tempat dia. Mungkin masa ni masa dia, masa lain masa kita pula kan. Anggaplah adik beradik dan sanak saudara pasangan kita tu macam keluarga kita sendiri juga. Jangan pulak kita buat begitu tapi pasangan kita tu pulak buat derrkk jak kan. Hormatilah perasaan orang lain terutama ibu bapa kita masing-masing.
Puan Saiman ni bukan lah pandai berceramah sangatkan, tapi sudah banyak contoh yang Puan Saiman nampak. Hampir 90% rumahtangga yang tidak direstui oleh ibubapa tidak bertahan lama. Pelbagai masalah mesti akan timbul. Sebab tu ibubapa akan cakap, 'itulah sebab orang tua cakap ndak pandai dengar'. Tapi itulah kan jodoh. Tapi bagi Puan Saiman, selagi kita boleh pertahankan rumahtangga kita pertahankan la. Tapi kalau sudah ndak tahan.... fikirlah sendiri dan ambillah jalan yang terbaik utk diri sendiri dan jangan TIPU DIRI SENDIRI. Bagi Puan Saiman, apabila kita sudah tidak ada hubungan dengan pasangan kita tu, diri sendiri juga akan kembali semula ke ibubapa dan adik beradik. Sebab tu sebelum berkahwin, JANGAN sesekali CAKAP BESAR dengan keluarga. Jangan sangka boleh hidup sendiri tanpa sokongan keluarga, walaupun ndak dibantu dengan wang ringgit tapi dengan nasihat pun sudah cukup berguna. KEHIDUPAN YANG SEBENAR BUKAN MACAM DRAMA DI TV. Kalau sudah kahwin dan lapar, kena makan nasi juga bukannya makan cinta. Bukan saja kita perlu jaga hati/perasaan pasangan kita, tapi hati/perasaan kita juga perlu dijagakan.
Kalau boleh, bila kita sudah berkahwin, ubahlah perangai menjadi lebih matang. Jangan pula menjawab ibu bapa kita. Samaada kita terima atau tidak nasihat ibubapa kita tu, lebih baik mendiamkan diri. Berdikarilah. Kita mesti mencuba untuk berdikari. Cukup-cukuplah menyusahkan ibubapa. Walaupun ibubapa kita tidak lagi membuat kerja utk kita, tapi kadangkalanya perbuatan/perangai kita menyesakkan fikiran ibubapa. Cukup-cukuplah ibubapa kita membesarkan kita menjadi manusia. Kini bila kita sudah dewasa, inilah masa kita menyenangkan ibubapa. Sebenarnya ibubapa ni bukan mengharapkan duit daripada anak2, tapi kalau anak2 sudah boleh berdikari dan mempunyai rumahtangga yang baik pun sudah cukup menyenangkan fikiran mereka. Kadangkala kalau kita menjawab ibubapa, kita ndak tau samaada jawapan kita tu menyakitkan hati mereka. Sedangkan adakalanya anak2 kita yang masih kecil dan belum berakal menjawab kita pun membuatkan kita menitiskan air mata, inikan lagi kita yang sudah dewasa.
Sekiranya kita sudah memilih untuk mencari pasangan yang baru, pilihlah yang terbaik, dengan restu orang tua dan jangan TERGOPOH GAPAH. Kalau ada jodoh ndak kan kemana jugak. Jangan ibarat terlepas dari mulut harimau, masuk pula kemulut dinasour. Jadikan kehidupan yang lepas tu sebagai iktibar. Mula2 memang pasangan yang baru tu dapat menerima anak2 tetapi kita harus memikirkan dalam jangka masa 10 tahun akan datang. Contohnya : bagaimana kalau pulang ke kampung pasangan yang baru, anak-anak dengan bekas pasangan kita hendak dibawa ataupun sebaliknya. Kalau tidak dibawa hendak ditinggalkan dengan bekas pasangan, tapi kalau bekas pasangan tu juga sudah berkahwin baru, adakah pasangannya dapat menerima anak-anak tersebut? Ini harus difikirkan.
Puan Saiman ni pun bukannya baik sangat pun, tapi Puan Saiman seboleh-bolehnya ingin membalas jasa orang tua yang melahirkan dan membesarkan Puan Saiman sehingga sekarang. Malang bagi Puan Saiman sebab tidak pernah mengenali arwah mentua perempuan (meninggal 2 tahun sebelum Puan Saiman mengenali Papa), tapi sekurang2nya bapa mentua Puan Saiman sempat Puan Saiman jaga walaupun ndak lama, tapi Puan Saiman menjaga seperti bapa sendiri. Sehinggalah arwah meninggal pun di rumah Puan Saiman. Kini Puan Saiman ingin berbakti pula dengan bapa dan mummy. Walaupun sekiranya Puan Saiman dapat memberikan bulan dan bintang kepada bapa dan mummy, tapi Puan Saiman masih lagi ndak dapat membalas budi mereka. Sudah cukup mereka membesarkan Puan Saiman, memberikan pelajaran, adab, kesopanan dan budi pekerti dan segala-galanya. Dan seboleh-bolehnya Puan Saiman ndak mau melihat bapa dan mummy bersedih dan menangis mengenangkan nasib anak-anak.
Puan Saiman selalu mendoakan supaya bapa dan mummy, adik beradik dan anak-anak buah serta ipar duai supaya diberikan kesihatan yang baik dan mempunyai kehidupan yang lebih baik. Apabila kita buat perkara yang menyakiti hati ibu bapa, jangan terkejut satu hari nanti anak-anak kita akan buat perkara yang sama kepada kita. Sebab mereka sudah nampak contoh untuk diikuti. Ini yang paling Puan Saiman takut. Jangan pula kakak-kakak, adik-adik, anak-anak diluar sana cakap, 'ko senang la cakap, nasib ko ndak macam kami'. Jangan cakap begitu, jadikanlah kehidupan orang lain sebagai pengajaran dan panduan. Jangan kawan2 sibuk mau kahwin, sibuk juga beriya-iya mau kahwin. Dan DOA RESTU ibu bapa itu paling penting. CINTA memang siookkk..... dpt jalan sana sini, pegang2 tangan. Tapi jangan sudah kahwin, mau pegang tangan, panas la, malu la, ini la itu la. Tapi masa-masa bercinta dulu panas2 pun, jalan peluk2 kan.... aikkk sudah kahwin ndakkan bulih pegang tangan sedangkan itulah yang sebaik-baiknya kan. Macam bapa ngan mummy Puan Saiman, sampai sekarang ni pun jalan masih pegang tangan, kalau mau limpas (baca: seberang) jalan pun bapa pegang tangan mummy. Kecualilah kalau bapa sama mummy ada pegang bakul di kedua-dua belah tangan kan macam mana juga mau pegang-pegang tangan...hehehehe.... eiii ndak sabar mau jumpa bapa sama mummy, semalam Puan Saiman ndak pegi rumah durang, ni malam mesti Puan Saiman pegi rumah durang ni......yahuuuu.......

Cerita di atas tidak ada kena mengena dengan Puan Saiman dan Papa ataupun dengan sesiapa sahaja. Ini sekadar pandangan Puan Saiman sahaja. Kepada anda diluar sana, kakak-kakak, adik-adik, anak-anak, jadikan ini sebagai panduan. Sekiranya terasa maafkanlah Puan Saiman yang tidak berpelajaran ini. Tetapi jika tidak dimaafkan, ya... apa bulih buat kan.....

Buat Papa pulak, terima kasih sebab sehingga sekarang ni pun masih lagi pegang tangan mama kalau jalan-jalan, bukan apa tu kan Pa, Mama tau la...err... mama kan cantik, sudah lah cantik ayu lagi....'kurus' yang amat pula tu kan Pa....hehehheehe....(lepas baca ni, Puan Saiman harap Papa ndak muntah).

Tuesday, September 9, 2008

Rezeki Bulan Ramadhan

Kelmarin petang, Papa ambil Puan Saiman. 'Ribut' Papa masih lagi di workshop. Papa hantar 'Ribut' tu hari Sabtu lepas, sangka petang sabtu tu bulih la ambil tapi teda pula parts dia, so terpaksa la tunggu. Semalam Papa cakap orang di workshop tu durang sudah order parts tu, Papa harap2 hari ni 'Ribut' boleh siap, kalau ndak, kenalah Papa jadi bodyguard (baca : pemandu kehormat) jangan marah ah Pa...hehehehe....Puan Saiman ngan Permata Hati punya la suka. Sebab bulih kena kira pakai jari dalam setahun Papa hantar Puan Saiman pegi kerja sama Permata Hati.
Dijadikan cerita, petang kelmarin, Puan Saiman minta Papa bawa Puan Saiman pegi Bazar Ramadhan di Sembulan. Ala, Puan Saiman jak turun, Papa tunggu dalam kuda putih. Setiap kali Puan Saiman beli lauk, setiap kali tu la juga penjual tu beri 'extra' lauk. Walaupun Puan Saiman menolak dengan baik dan kestau la sama durang takut nanti ndak habis makan, maklumlah di rumah Puan Saiman tu berapa orang jak kan, tapi penjual tu cakap ndak apa 'sedekah'. Ya Allah.... terima kasih, rezeki daripada Allah, jadi Puan Saiman terima jak la. Sekali Sungkhai semalam, punyalah banyak makanan, sampai dibawa ke sahur. Bukan Puan Saiman ndak mau bagi orang sebelah tapi jiran sebelah menyebelah tu kalau ndak malam jangan haraplah durang ada di rumah. Lagipun jiran sebelah rumah Puan Saiman ni pun bukannya puasa pun. Jangan salah sangka sebab kawasan perumahan Puan Saiman ni rata-ratanya berbangsa C***. Jadi faham-faham sajalah kan. Tapi walaupun begitu, kalau kebetulan bertembung di luar rumah tu bercerita la jugak.
________________________________________
Cerita Permata Hati.
Lama ndak cerita pasal Permata Hati kan. Satu yang Puan Saiman pasal Permata Hati ni, cepat betul tinggi, berat pun sudah 20 kilo. Manja jangan cakap lah. Tapi kalau ndak pandai dengar cakap Puan Saiman tu tetap kena gigit ketam (baca : kena cubit). Macam 3 malam lepas, Puan Saiman ndak perasan yang Permata Hati ni bawa masuk 'club' golf dia. Sedap jak dia menghayun di dalam bilik. Sudah la begitu, naik lagi atas katil. Punya la Puan Saiman terkejut bila dengar 'berdebak' sangkalah lampu dinding tu pecah. Nasib baiklah lampu tu Papa ada sangkutkan tanglung/kotak bekas 'kuih bulan' yang berbentuk lampu tu. Kalau ndak gerenti pecah. Sepa2 yang kenal Puan Saiman ni mesti tau, Puan Saiman ni ndak bulih tekejut. Terus bah tangan dia kena 'gigit ketam'. Lepas tu apalagi, mulut Puan Saiman pun pot...pet...pot...pet... berapa kali Mama pesan jangan main golf dalam rumah...... bla..bla...bla.... Papa pulak, bila dia nampak begitu, trus dia ambil 'club' tu dari Permata Hati trus keluar dari bilik....ehemmm... bukan apa, Permata Hati tu sebenarnya ada dia ikut tu, swing-swing 'club' tu dalam rumah.... hmmm... terfikir pulak Puan Saiman, sepa la dia ikut tu.... ( sambil menjeling ngan Papa....)
Perhatian kepada dua hero ni : kalau pecah jak lampu atau perhiasan Mama.... Awas ah ........ (bunyinya berbaur ugutan)

Monday, September 8, 2008

Aktiviti Hujung Minggu

Sabtu lepas, seperti biasa, Pagi tu, tapi ndak la pagi sangat, Jam 10.30 pagi tu, Papa bawa pegi beli ikan. Dan seperti biasa Puan Saiman ni kalau beli ikan mestilah utk stok seminggu. Jadi Puan Saiman, Papa ngan Permata Hati, pun pegi lah ke Jalan UMS-Sulaman tu. Sampai di sana Puan Saiman pun beli lah 2 kilo udang (RM18 per kg), 2 ekor sedang besar Ikan putih lebih kurang 4 kilo (RM 13 per kg), 2 kilo ikan putih sebesar telapak tangan (RM12 per kg), 2 kilo sotong hitam ala yang besar tu, sesuai utk di bakar atau masak rebus (RM15 per kilo) dan ikan campur2 ikan batu ngan ikan ntah apa nama dia ntah - tapi yang ni sedap banget direbus kok (RM10 jak) dan ikan basung 2 kilo (RM6 per kg). Selesai semua dibuang perut dan di potong-potong, trus pegi rumah bapa. Sampai rumah bapa, terus bagi2kan ikan ngan durang bapa. Selesai bagi ikan, Puan Saiman bantu bersihkan ikan dan sotong tu. Sebab kesian jgk Puan Saiman tinguk bibik Didik tu, mana urus anak Didik si Nana tu, mana lagi mau bersihkan ikan. Jadi Puan Saiman tolong la bah, bukan berat pun kan.
Selesai bersihkan, Puan Saiman kira mau pulang ngan Papa, tapi si Noi sama Ning bawa pegi Segama jalan2, lagipun kebetulan mummy mau pegi 'laminating Obituary' Apo, so Puan Saiman pn join la. Papa ngan Permata Hati pulang sebab petang Pertama Hati ada kelas piano. So kamipun pegi Segama, Ning drive, parking di KK Plaza...hehehehe. Ini...itu...ini... itu di Segama selesai trus pegi Giant di KK Plaza. Punya la ramai orang, sampai trolipun habis, bakul jangan cakap la, yang tinggal pun pemegang abis patah. Puan Saiman cuma beli ubi kentang jak, mummy beli rebena ndan 1 botol minuman (ala lupa pula nama dia), hah.... Noi yang berabis, dia jak beli 3 tin besar susu Lactogen dan lain-lain, bila mau pegi kaunter bayaran barulah jumpa 1 bakul.....sigh.... Lepas bayar then baru kami pulang. Konon2 mau singgah di bazar Ramadhan di Asia City, tapi bila sampai jak, sudah la tiada parking, tiba2 hujan lebat lagi.... cancel, terus pegi Desa beli ayam mentah. Selesai membeli, trus hantar mummy pulang lepas tu Ning hantar Puan Saiman.
Sampai di rumah, masih lagi hujan, jadi Puan Saiman minta bibik sediakan bahan tuk masak kari ayam, sayur kacang campur ngan udang, dan sediakan ikan masin. Selesai bibik sediakan, Puan Saiman pun mula masak. Selesai masak, ngam2 setengah jam sebelum berbuka, so ambil kesempatan mandikan Permata Hati dan lepas tu Puan Saiman pun mandi jugak. Heran betul sekrg ni, padahal mandi guna water heater tapi terasa sudah tulang sakit2. Hah.... ini sebab selalu mandi malam la ni...sigh... jadi sekarang ni Puan Saiman make sure mesti mandi sebelum pukul 6. Lepas buka puasa tu, sebelum Papa pegi Tarawih, Papa hantar Puan Saiman pegi rumah bapa ngan Permata Hati.... best2 cerita ngan mummy... Permata Hati tidur la pulak... so bila Papa sampai, dan kami pun pulang. Tapi sebelum tidur tu, Permata Hati ada komplen juga, kenapa Atuk ngan Pak Su sudah pulang dari Tarawih kenapa Papa belum sampai lagi. Ehemm... Papa sembahyang di Masjid Negeri Atuk ngan Pak Su sembahyang di surau Maktab Gaya, tu yang Atuk ngan Paksu dia sampai dulu dari Papa. Lagipun Papa ambil 20 Atuk ngan Pak Su ambil 8 jak.....
__________________________________________
Ahad. Seharian di rumah. Tapi Puan Saiman ada berpesan ngan Papa, petang nanti bagus pegi bazar Ramadhan awal sikit jam 3.00 ka takut hujan.
Petang tu, jam 3 pegi Sembulan beli mee jak. Bila naik kereta start sudah hujan renyai2 trus bawa Papa pegi bazar Ramadhan dekat DBKK. Beli puding 3 jenis. Permata Hati pulak minta beli Roti John. Lepas beli terus naik kuda putih. Masa ni masih lagi hujan renyai, jadi Papa pun bawa la pusing2. On the way pulang sekali hujan turun, sampai ke pagi.... Syukur hujan rahmat kan....

Friday, September 5, 2008

Cerita Puasa dan Cerita Apo

Ndak rasakan hari ni sudah lima hari kita berpuasa. Hari pertama Puasa, masak yang simple2 jak. Dan masa Sungkhai Puan Saiman cuma masak nasi jak dan lauk beli jak di luar. Tu pun cuma beli lauk Asam Pedas dan sayur kangkung tumis belacan. Ngan sedikit kuih muih. Sebab kalau masak pun cuma Papa ngan Puan Saiman jak makan, Permata Hati tu taulah kan budak-budak, makan pun banyak manalah jugak. Bibik lepas Tarawih barulah Papa ambil.
Hari kedua Puasa, makan sahur pun biasa2 jak. Cuma ikan goreng ikan ngan sup bayam ngan fishball. Api yang bestnya masa Sungkhai, kami berbuka di rumah bapa.... masa beli makanan jak 2 trip balik ke kereta, cuma hantar makanan yang dibeli jak. Puan Saiman ngan Noi ditugaskan utk membeli makanan.... Kebetulan 02/10, wedding anniversary Noi dan birthday Adik Akma... Makanan penuh meja.... tapi tu lah gambar lupa pulak diambil...sigh...
Tup...tup... hari ni sudah hari Jumaat kan.....
So kepada semua Selamat meneruskan Puasa dan Selamat Berbuka Puasa bila sampai waktunya yer..... jangan pula belum buka puasa sudah minum 3,4 round.
___________________________________________________________________
Hari ni tepat seminggu Apo meninggalkan kami.
Mendiang Apo seorang ibu, nenek dan moyang kepada 9 orang anak, 43 orang cucu dan 44 orang cicit dan seorang piut. Berketurunan Kadazan dan berkahwin dengan Akung (panggilan kepada atuk) seorang berbangsa Cina. Maka anak-anak mereka berbangsa Sino Kadazan dan ini merupakan salah satu bangsa bumiputera di Sabah.
Sepanjang mengenali Mendiang Apo, Puan Saiman merasakan Mendiang seorang ibu yang tidak pernah membeza-bezakan antara anak-anaknya. Bukan sahaja anak malah kepada cucu dan cicitnya.
Setiap kali menyambut Tahun Baru Cina, Mendiang akan menjemput semua anak, cucu dan cicitnya merayakan Tahun Baru Cina samaada di rumah mereka yang terletak di atas bukit ataupun di rumah Mama Tua (Kakak emak yang paling tua) untuk merayakan Tahun Baru Cina. Pelbagai hidangan makanan yang dihidangkan pada masa tu. Masa Puan Saiman masih kecil, Mendiang Apo akan memesan satay dan pelbagai makanan ringan dan yang paling best dapat makan limau mandarin sepuas hati, siap boleh tapau lagi tu.
Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menurut mummy Puan Saiman, Apo meminta agar mummy menyediakan hidangan ketupat, nasi impit, rendang dan kari ayam, untuk dimakan bersama. Lagipun ketika itu Mendiang Apo tidak lagi berapa kuat dan berjalan pun bertongkat. Tapi walaupun Mendiang tidak lagi kuat, tapi mendiang masih ingat kesemua nama cucu dan cicitnya. Dan Tahun Baru Cina lepas merupakan sambutan Tahun Baru yang terakhir kami bersama. Puan Saiman ingat lagi masa tu, Mendiang Apo beberapa kali menyatakan kemungkinan ini merupakan sambutan Tahun Baru yang terakhir yang akan disambut oleh beliau. Satu lagi yang menjadi kebiasaan Apo apabila berjumpa dengan anak menantu, cucu dan cicitnya, Mendiang akan memeluk dan selalu berpesan kepada cucu yang telah berkahwin jangan bergaduh. Bukan sahaja kepada anak dan cucu malah dengan pembantu rumah juga Mendiang buat begitu juga.
Pada Hari Jumaat yang lepas, Mendiang Apo telah terjatuh di bilik air ketika mau mandi pada waktu pagi. Sebelum tengahari dibawa ke Rafflesia Specialist Centre di Jalan Airport/Kepayan. Petang tu mendiang koma kemudian dibawa ke Queen Elizabeth Hospital dan ketika itu semua semua anak mendiang berkumpul di sana kecuali seorang lagi Mama Tua (Kakak kepada mummy) yang dalam perjalanan pulang dari Amerika sebaik sahaja mendengar berita Apo dimasukkan di hospital. Adik beradik Puan Saiman semua berada di sana. Beberapa sepupu Puan Saiman juga ada disana. Kami menunggu sehingga jam 11.00 dan kemudiannya dimaklumkan mendiang akan dimasukkan kedalam wad. Selepas tu, Puan Saiman bersama adik beradik dan bapa pulang manakala mummy dan adik beradiknya masih lagi di hospital. Tetapi ndak lama selepas tu, mummy minta bapa ambil sebab mummy belum mandi dan makan lagi (rumah bapa ngan hospital tidak jauh cuma 5 minit perjalanan). Lebih kurang jam 1 lebih, mummy called. Tapi masa ni Puan Saiman ndak dengar bunyi telefon berdering, dan awal pagi tu barulah Puan Saiman tahu yang Apo telah meninggalkan kami semua buat selama-lamanya.
Sebagai menghormati Mendiang Apo dan menghormati Adat Resam Bangsa, kini Puan Saiman sekeluarga akan berkabung selama 3 bulan. Insyaallah Tahun ini tiada rumah terbuka untuk Hari Raya dan jika hendak berkunjung ke rumah dipersilakan la yer... Secara dasarnya, Bapa ngam mummy telah bersetuju untuk pulang ke kampung Papa pada Hari Raya ketiga dan akan kembali semula ke KK pada Raya keempat.

Tuesday, September 2, 2008

Berkabung


Apo (emak kepada mummy Puan Saiman) telah meninggal dunia pada 30/08/2008.

"MAY YOUR SOUL REST IN PEACE APO"


Verenika Punggut Atek.
Beloved wife, mother, grandmother and greatgrand mother
1928-2008



Walaupun berlainan Agama, tetapi Mendiang Apo Puan Saiman tidak pernah membezakan layanan terhadap anak, menantu dan cucu.
Puan Saiman masih bersedih lagi. Akan meng'update' blog bila ada 'mood.' Bila terkenangkan mendiang, airmata masih lagi membasahi pipi....