Kalau gaya urang begini.....
1) Kamurang sedang berbaris di kaunter...tiba2 ada seorang nenek tua berumur lebih kurang 70 atau 80 tahun di hadapan kamu...memotong barisan, yang sepatutnya giliran anda membayar. Nenek itu cuma membawa sepaket sayur dan se'pek' telur ayam (10 biji). Kamurang hanya membiarkan nenek itu. Biasalah orang baik hati macam gua kan.... sedang nenek itu membayar, tiba2 datang seseorang oh bukan seseorang tapi 2 orang yang masing2 membawa seorang satu troli..troli yang penuh. Oh mereka memotong barisan. Rupanya mereka adalah anak2 atau mungkin cucu2 kepada nenek itu. Sakit hati betul. Kalau la kamurang, marah ka tidak...? Oh gua...gua kan cantek dan gebu...gua indak marah, sebab mungkin durang sangka gua ni Miss World tahun lepas....motto gua 'hormatilah orang tua dan jagalah alam sekitar' dan biarkan mereka membayar dahulu, walaupun bertroli2....
2) Anda berada di lorong sebelah kiri. Anda sedang mengikuti kereta di hadapan anda. Kereta di sebelah kanan anda banyak dan memotong anda dengan laju. Anda tiada kesempatan hendak memotong. Kereta di hadapan anda pula membawa 40 km/j. Sedangkan ketika itu anda berada di 'jalan besar'. Anda berkesempatan memotong. Bila anda memotong dan melihat kereta yang dibawa dengan perlahan, kelihatan seseorang sedang memangku anak diPANGKUAN sambil memandu. Anak tersebut pula masih kecil. Dan anak itu juga sedang memegang stereng kereta. Kalau begini kamurang marah ka tidak.....Bah, jawab la sendiri ah...
3) Anda berada di lampu isyarat. Lampu merah. Semua kereta berhenti. Tiba2 kereta di sebelah kiri anda membunyikan honk. Bunyi honk pula sangatlah menarik perhatian. Oh rupanya budak2 dalam kereta tersebut sedang membunyikan honk. Bila anda melihat kereta di hadapan anda. Kelihatan melalui cermin hadapan kereta tersebut, pemandu tersebut merenung tajam ke arah anda. Begitu jugak penumpang kereta tersebut. Balik2 melihat anda. Oh ya, bukan sebab anda cantik atau gebu macam gua, tapi mereka menyangka anda meng'honk' kereta anda. Jadi apa kamurang rasa.....jangan jawab rasa 'oren' kerana jawapan tersebut tidak dapat diterima.....
Ok, stop!!!!
Ini pulak cerita kelmarin. Lepas anak gua selesai praktis boling, laki gua bawa gua anak beranak berjalan2. Bukan jalan2 cari pasal, tapi jalan2 sampai sakit kaki...ketika duduk makan di p-za....
Gua : Abang, bulih ka mama tanya sikit...
Anak gua : Bulih, apa tu ma....(sambil tinguk gua)
Laki gua pun tinguk gua....
Gua : Mama cantik ka <---- gua mimang cantik sebenarnya, tapi saja la kan....
Anak gua : Cantikkkkk......
Gua : Wahh!!!! Tq abang....errr....mama baik ka...
Anak gua : Baikkkkk betul....(terus anak gua tinguk papa dia)..Pa, mama baik kan.....
Laki gua senyum jak sama gua....<---huh!!! berani dia buka mulut....<---ya kawan2, ada unsur2 'kejahatan' di sana.....
Gua kembang sudah ni, sekembang bunga seri pagi la......muahahahaha
Gua : Satu lagi last mama mau tanya, tapi mesti jawab betul2 ah...
Anak gua : Ok, tanya la...
Gua : Mama ni kurus ka gumuk.....
Anak gua : Errr.... bulih ka kalau jawab lain2...
Gua : Bulih....
Anak gua : Sedang-sedang......
Warghkakakakakkakakakaka......jadi sempena tahun 2011 ini dan sempena Menyambut Tahun Arnab ini, gua ingin memaklumkan bahawa gua kini Tahap lemak tepu gua adalah SEDANG-SEDANG.....warghkakakakakakkakakakaa.......dan oleh kerana pujian itu, gua telah membelikan anak gua sepasang t-shirt BUM........
Nota utk laki gua : Pa, kalau papa terbaca ni post, jgn berani2 bagi komen atau membuat senyuman makna kalau di rumah. Kalau berani juga buat...1 bulan makan di kedai. Me....MOGOK masak....
Ya, gua serius, sila percaya...
Ehemmmmm.......
Puan Saiman 'signning off'