Perhatian!!!
Wednesday, May 26, 2010
Gua yang jelita <--ini memang pasti
Wednesday, May 19, 2010
Pandai Vs. Pintar
Tuesday, May 18, 2010
Kena rasuk...isshhh takutnya!!!
1) Jejantas sana dekat area Sembulan.
p/s/s : Ok.... sebagai permulaan. Gua lukiskan gambar jejantas. Nampak yang macam jambatan tu. Itulah jejantas. Di bawah yang ada anak panah tu, jalanraya. Amacam..cantik kan lukisan gua (kalau siapa2 yang berani cakap tidak cantik, permohonan anda akan ditolak oleh gua. Sebarang rayuan tidak akan diterima, hahahhahahahaha). Jangan risau, kalau gua hantar permohonan (mau buat jalanraya nanti) gua akan lukis tangan. Walaupun tidak berapa cantik, tapi itu menunjukkan kesungguhan gua untuk menjadi kaya dengan cepat <--- buat sendiri lebih menjimatkan kos).
Gua sengaja meng'war-warkan' untuk buat jalanraya yang baru. Supaya gua boleh jadi jutawan dalam sekelip mata. Kalau gua sudah jadi jutawan, gua tidak lagi update blog. Update jugak la, tapi bukan gua yang update, orang lain la gua suruh. Aikkk....kamurang tanya kenapa..(isshhhh kamurang ni)...gua kan sudah jadi jutawan, gua sibuk. Biasalah gua ada bestfren baru. Gua kan berkawan sama Palis Hillton, Nomee Kembell, Keemoora, Keem Kardakesian <---sekadar menyebut beberapa nama. Mana lagi gua tinggal sini..gua tinggal di obersee. Tapi jangan risau, nanti gua suruh pomen gua tinguk2 ni jalanraya... lagipun masa ni bisnes gua bilion2 sudah, gua tinggal di hotel jak <--- biasalah orang kaya, mana mau cakap mau cakap benda2 kecil kan...opsssss....
*PERHATIAN - penulisan di atas adalah bukan dari hati gua. Gua rasa ada sesuatu merasuk jari jemari gua yang gebu ni. Gua rasa ini akibat kekurangan makan asam bambangan, sebab hari sabtu tu, gua tidak dapat beli. Tiada kena jual. Jadi jangan salahkan gua, sila salahkan bambangan dan jari jemari gua.
Tajuk di atas tiada kaitan sama cerita hantu. Sengaja gua buat, supaya lagi ramai orang masuk blog gua....kahkahkahkahkahkahkah... Dan pesanan terakhir gua 'JANGAN MAKI DAN KUTUK GUA' itu salah di sisi perasaan dan hati nurani gua <---- gua ni sensitif sebenarnya <--- sila percaya.....hehehehehehehe
Puan Saiman 'signning off'...
Monday, May 17, 2010
Menyesal pun tiada guna.
------------------------------------------------------------------
1) kalau la aku tidak buat begini, mesti aku.......
2) kalau la aku buat begini, tidak la aku begini sekarang....
3) kalau la aku tidak cakap begini, tidak la...
4) kalau la aku cakap begitu tu, mesti dia....
Kita sebenarnya memang mahu ambil keputusan yang terbaik kan. Tapi kadang-kadang keputusan yang kita ambil itu kadang2 jadi tanda tanya kepada diri sendiri. Faham maksud gua....ala (kamurang ni, mau jugak gua kasih contoh....begini bah...contohnya...gua cakap CONTOH ok... konon la, gua cakap KONON.....dijadikan cerita...
Siapa yang boleh tolak jemputan Uncle Lee bila semuanya disediakan. Makanan first class.... layanan first class. Makanan semuanya sedap2...
Terima kasih atas jemputan itu Uncle Lee....'wink2'. Lain kali sila la jemput lagi <---wah..minta jemput awal-awal lagi ni..tidak malu owhh kan...hehehehehhehe. Ishhh mau diet la ni, supaya lain kali kalau Uncle Lee jemput, boleh pakai kasut 5 inci pulak, pakai red lipstik sama baju saiz 4 atau 5...wah...tamak haloba la gua ni...kihkihkihkihkih....
* telangkai - orang tengah yang mencari jodoh dalam perkahwinan.
Puan Saiman 'signning off'.....
Friday, May 14, 2010
Bambangan ohh..bambangan
Ini pulak jeruk bambangan. Tu yang halus2 warna putih tu, biji bambangan yang diparut. Hishhh... ni kalau makan ni, makan begini pun sedap. Tapi kalau ada belacan sama lada lagi......
Inilah salah satu makanan kegemaran orang Sabah. Cuba bayangkan kalau ada jeruk bambangan, ikan bakar, sayur lemiding/paku pakis, ada lagi ikan basung rebus sama bambangan mentah. Gua berani jamin, letak la 1 ekor ayam panggang atau pun kari ayam...tiada orang peduli tu ayam panggang sama kari ayam tu. Silap2 kena kasih pindah ada la..hahahahhaha. Tidak pun kena jeling tu ayam. Kalau ada lagi hinava sama tahau..ishhh..... tidak mau cerita lagi la..
Buah bambangan ni buah yang bermusim. Jadi jangan pandai2 cari kalau bukan musim bambangan ni (kalau ada yang pregnant ni...nah ni yang susah ni, mana mau cari, pg la tinguk di pokok bambangan, jangankan buah, bunga putik bambangan pun belum ada bah. Yang ada cuma pokok bambangan yang kasih ketawa (misti tu pokok bambangan cakap, apa la bah ni orang, belum lagi musim mau berbuah, sudah cubuk2/intai2 dari bawah)......hahahahahahahahah. Kalau dulu2 buah bambangan mentah ni harga dia 50 sen saja (bapa gua cakap), sekarang ni RM2. Itu kalau mentah, kalau yang mau masak/mengkal (sesuai dibuat jeruk)..ni harga ada mahal sikit. Pernah gua beli RM6 satu biji. Beli 3, RM15. Gua beli jugak. Macam mana la bah gua tidak beli, kalau tu laki suruh. Duit dia, gua tukang beli jak....hahahhahahaha
Aikkkk.....apasal gua cerita pasal bambangan ni. Hairan betul. Sebelum ada orang marah gua, sebab gua cerita pasal bambangan ni, bagus la gua berhenti dulu.
p/s: gambar pertama tu. Itulah bambangan yang gua beli di tamu. Jangan tanya mana tu bambangan, sudah masuk perut gua anak beranak.
p/s/s: Gambar lain2 tu, gua dapat dari cik manis google. Terima kasih cik manis google.
p/s/s/s: Mesti kamurang hairan kan kenapa ni kali gua guna bahasa melayu. Ada gentlemen yang kurang faham apa yang gua tulis. Jadi gua guna bahasa melayu la...kan..kan..kan... Uncle Lee. PsssttUncle, terima kasih baju tu. Saya betul2 suka. Lain kali saya tulis pasal baju tu yerrr.
Puan Saiman 'signning off'...
Thursday, May 13, 2010
Yang mana satu ni...
Laki gua : Bah, cepatlah kasih tau, mau apa ni..?