Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Thursday, February 26, 2009

Bila anak sakit...

Hari ni Puan Saiman terpaksa ambil cuti kecemasan. Sebabnya adalah Permata Hati demam. Demam Permata Hati ni pun sukar dijangka. Sekejap Permata Hati bermain macam biasa, sekejap lagi di terbaring, panas kepala, tapi badan ndak pula panas, sesekali dia menangis, sebab sakit kepala atau secara tepatnya sakit di bahagian ubun-ubun kepala.  Sudah beberapa kali dibawa ke klinik dan juga hospital namun tiada sebarang perubahan. Entah kenapa beberapa malam lepas, ketika pergi ke rumah bapa, tiba-tiba bapa bertanya kenapa tidak ke tempat Ustaz Ku..... ya kan.... kenapa pula tidak teringat kepada Ustaz Ku, padahal Puan Saiman pernah ke tempat Ustaz ni beberapa tahun yang lepas.

Sudah dua malam berturut Puan Saiman ngan Papa bawa Permata Hati utk 'berubat' di tempat Ustaz Ku, Alhamdulillah memang ada perubahan. Kalau hari Selasa dan kelmarin, Permata Hati kelihatan pucat dan tidak bermaya, hilai ketawa pun tiada, hanya terbaring lesu, kini Permata Hati sudah seperti biasa, namun masih lagi mengeluh yang kini sakitnya sudah beralih ke dahi dan bukan lagi di ubun-ubunya. Sudah minta makan, berbanding dua hari lepas, jangankan satu suap nasi, nampak nasi pun dia menangis. 

Kalau diikutkan, pagi tadi, Puan Saiman memang mau pegi kerja, jadi pagi tadi tiba-tiba Permata Hati minta ke tandas untuk membuang air besar, tapi tiba-tiba dia muntah. Muntah kuning pula tu. Selesai dia muntah, dia menangis minta supaya Puan Saiman tidak pegi kerja. Puan Saiman bukan sengaja tidak mau pergi kerja dan bukan juga tidak mengharapkan bibik, tapi lainlah kita menjaga sendirikan. Umpamanya kelmarin, Permata Hati menangis minta supaya Puan Saiman tidak pergi kerja, tapi memandangkan kelmarin Puan Saiman ada seminar, jadi mau tidak mau, terpaksalah juga pergi, tapi lepas seminar tu, trus email bos minta excuse pulang, sebab Permata Hati suruh bibik kol, dan suruh Puan Saiman pulang.

Bila sampai di rumah, Puan Saiman nampak, air dalam botol yang mesti diminum oleh Permata Hati, tidak sampai setengah pun kurang, tapi itulah seperti Puan Saiman cakapkan tadi, apa juga yang kita harapkan bibik jaga kan, maka itulah Puan Saiman terpaksa ambil cuti kecemasan hari ni. Kini Permata Hati sudah boleh bergurau senda dan ketawa. Baru juga tadi Permata Hati minta makan nasi, walaupun hanya 6 sudu, tapi sekurang-kurangnya dia makan nasi. Dan baru sekejap tadi juga Permata Hati bagitau yang dia mau pergi tuisyen petang ni, Syukur Alhamdulillah. Untuk berubat di tempat Ustaz Ku, Permata Hati kena datang sebanyak 14 hari berturut-turut. Sudah dua malam kami ke sana, ada 12 hari lagi. Apalah 14 hari tu kan berbanding dengan kesihatan Permata Hati. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan olehNya.

Kadang-kadang, menjadi ibu yang juga bekerja ni, adakalanya menjadikan kita serba salah. Tuntutan kerja di pejabat dan juga anak sakit membuatkan kita serba salah. Kita bekerja untuk mencari makan, dan anak yang sakit juga memerlukan penjagaan. Apa tindakan yang perlu diambil sekiranya anak kita yang sakit kebetulan juga ada auditor yang datang. Tidak kisahlah auditor tu berkenaan dengan I*O ataupun a*di*or dari Ke*enter*an Ke*an*an kan. Apa kata rakan sekerja, dan apa pula sangkaan Ketua kita kan. Tapi bagi Puan Saiman, apapun orang cakap, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Bukannya kita sengaja mahu suruh anak kita sakit kan. Lagipun kalau apa-apa yang jadi dengan anak kita, siapa yang akan menyesal nanti. Diri sendiri juga yang akan memikul bebanan kan. Walaupun Puan Saiman tidak melahirkan Permata Hati, tetapi menjaga Permata Hati sejak berumur 4 hari lagi, membuatkan kasih sayang terhadap anak tidak membezakan dengan ibu-ibu yang lain. 

Sekiranya suatu hari nanti, Permata Hati terbaca blog ini, Puan Saiman hanya berharap supaya Permata Hati tahu bahawa kasih sayang kami dengan Permata Hati adalah sepenuh hati. Apa sahaja yang kami buat adalah untuk kebaikan dirinya. Semoga Permata Hati diberikan kesihatan yang lebih baik dari sekarang, Amin.....

Puan Saiman 'sign out'............ 
 


Monday, February 23, 2009

Kita Wanita...

Masa lunch hour tadi, seperti biasa Puan Saiman akan pulang ke rumah. Dan kebetulan sempatlah jugak melihat satu siri 'Kisah Benar' yang ditayangkan di TV3 ni. Dalam cerita ni ada sepasang suami isteri yang diberi nama Harun dan Fatimah. Mereka ni dikurniakan dua orang anak.

Dijadikan cerita, si Fatimah ni seorang yang begitu sosial sehinggakan terlupalah beliau akan rumahtangga. Mula-mula tu emak kepada Harun ni bagitau la juga kepada Harun ni supaya berkahwin baru sebab sudah 3 bulan isteri dia ni tiada pulang ke rumah. Bukan sebab apa, emak Harun ni suruh dia kahwin, tapi sebenarnya di kesiankan anak-anak si Harun ni yang masih perlukan ibu mereka dan mereka juga masih kecil lagi. Tapi Harun bagitau dengan emaknya biar dia sahaja yang menjaga anak-anaknya sendiri. Bukan itu sahaja, secara kebetulan Harun bersama dengan rakan lelakinya juga ternampak isterinya berpoya-poya bersama dengan lelaki lain. Sehingga kawan di Harun tu bertanya yang perempuan yang mereka nampak tu persis isteri si Harun ni, tapi mau tau apa si Harun ni jawab "pelanduk dua serupa kot". Sampai begitu sekali dia cuba menutup keaiban bini dia tu.

Sehinggalah setahun berlalu, tiba-tiba pulanglah bini si Harun ni dengan perut yang memboyot dan mengharapkan kemaafan daripada Harun dan anak-anak mereka. Tapi walaupun Harun marah dengan bini dia ni, tapi dia tidak juga halau bini dia keluar rumah, cuma dia cakap " kalau mau tidur, tidurlah di bilik belakang tu". Sehingga beberapa ketika, si Fatimah ni berasakan si Harun dan anak-anak mereka ni tidak memaafkan dia, maka Fatimah ni memintalah si Harun ni hantarkan dia balik ke rumah ibu bapanya sendiri. Masa ni, si Fatimah ni sedang sakit, ntah sakit apa, tapi kemungkinan kena Aids ataupun penyakit kelamin.

Ketika di rumah ibu bapa Fatimah ni, Fatimah yang menderita penyakit ni sudah pun sakit teruk. Meraung-raung meminta keampunan dari suaminya, Harun. Manakala di rumah Harun pula, emak Harun pula memujuk Harun untuk memaafkan dosa Fatimah. Sehinggalah, suatu hari Harun bersama anak-anaknya datang ke rumah mentuanya, dia berjumpa dengan isterinya dan terus memaafkan dosa isterinya itu. Tidak lama selepas tu, Fatimah pun terus menghembuskan nafasnya setelah mendapat keampunan dari suaminya.

Cerita di atas ni berdasarkan dari Kisah Benar di TV3, tengahari tadi. Tapi cerita dibawah ni, rasanya kejadian ni berlaku beberapa tahun yang lepas...rasanya sesiapa yang mengikut perkembangan isu semasa, mesti masih ingat kes ni... Tapi rasanya Puan Saiman ndak payahlah sebut nama ya....

Dijadikan cerita si lelaki ni sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak. Membuat hubungan dengan seorang wanita (rasanya cerita mereka berdua ni ndak payahlah cerita ya.....) sehinggakan satu kejadian berlaku sehingga menyebabkan si lelaki ni ditahan dan dihadapkan ke mahkamah. Dijadikan cerita, turun naik mahkamah la si lelaki ni, dan setiap kali itu jugalah si isteri yang sedang mengandung tu juga ada, untuk bagi support utk sang suami ni. Sehinggakan ada satu ketika tu, Puan Saiman sedih melihat si isteri ni di TV dan di suratkhabar utama. Tiba-tiba ada beberapa persoalan dibenak Puan Saiman. Antaranya :

1) Jika baru berkahwin, si suami sudah tidak ada 'teruna'nya dan si isteri mengetahuinya, si isteri masih boleh menerima.... past is past.. kata si isteri.

2) Jika baru berkahwin, si isteri sudah tidak ada 'daranya', no way si suami boleh terima kan, dayus namanya kalau tidak menceraikan isteri...sudah 'ditebuk tupai' katanya....hmmm...


3) Jika si isteri, mengetahui si suami ditangkap khalwat, si isteri sedia memaafkan.... kan...


4) Jika si suami, mengetahui si isteri ditangkap khalwat, alamat kena cerailah....


5) Jika si isteri ternampak si suami menumpangkan kawan perempuan ke suatu tempat, kononnya 'atas arahan bos' walhal si suami tu bukan pemandu, si isteri akan menerima apa jak alasan suami, kan...


6) Jika si suami ternampak si isteri menumpangkan kawan lelaki yang turun di bus stop ataupun hujan, alamatnya 'perang dunia' la jawabnya.....


Adakah masih ada lelaki seperti Harun dan masih adakah isteri seperti cerita di atas itu? Mungkin masih ada..... utk lelaki seperti 'Harun' dan kepada si 'isteri' yang cerita di atas tu, Puan Saiman 'salute' anda di luar sana......




p/s : cerita ini tiada kena mengena dengan sesiapa, cuma selepas melihat cerita 'Kisah Benar' tadi, membuatkan Puan Saiman berfikir seketika..... dan ada juga bahan utk 'update' blog kan... Disamping itu juga ianya dapat dijadikan pengajaran kan.....





Puan Saiman ' sign out'.......

Tuesday, February 17, 2009

Geng Pengembaraan : Upin dan Ipin.

Lamanya Puan Saiman ndak masuk sini ni.... bukan main banyak betul sawang, sampai sakit belakang bersihkan.... hehehehe...

Bukan apa, sibuk bah. Lagipun rasanya teda juga mau ceritakan apa-apa. Bukan juga teda cerita tapi malas sebenarnya mau update. Cuma Puan Saiman mau bagitau, sepa-sepa yang belum tengok Geng Pengembaraan-Upin dan Ipin, pegi la tinguk, Sudah 2 kali Puan Saiman pegi tinguk. Mula-mula tinguk minggu lepas, masa tu Papa pegi outstation di KL, dan kali kedua tinguk ialah semalam. Best betul semalam, tinguk ngan durang mummy, bapa, Noi sekeluarga, Bibing ngan Aming, Papa ngan Permata Hati.

Punyalah kami ribut di 1Borneo tu. Puan Saiman beli tiket hari Khamis, masa lunch hour, sepa lagi yang drive kalau bukan Papa, tq Pa. Puan Saiman beli tiket utk 8 keping tiket. Ala bukan lama pun di 1B tu, Papa tunggu di kereta jak pun. Lepas beli tiket, trus turun balik naik kereta. Papa bawa singgah makan di BT Cafe di Sulama tu. Makanan not bad la. Bila sampai di BT Cafe, baru teringat durang Bibing pula. Trus kol Aning minta dia belikan tiket utk Bibing. Jadi dipendekkan cerita, penuh i baris kerusi belakang panggung wayang 1 di 1B oleh kami. Bila start main jak, apalagi budak-budak ni, terdiam. Bestnya bila dengar budak-budak ni ketawa, lebih-lebih lagi Permata Hati, berabis betul dia ketawa, padahal tinguk kali kedua tu.

Sebenarnya ada Puan Saiman mau tuliskan di sini, tapi bila fikir balik, ndak payahlah. Sebab walaupun apa yang ditulis ni hanya berkaitan dengan Puan Saiman tetapi takut ada yang terasa hati pula, jadi selama beberapa ketika berfikir dengan sedalam-dalamnya, lebih baik ndak payahlah.

Puan Saiman sign out.............

Monday, February 9, 2009

Pizza... sudah-sudahlah bertanya tu

Apa perasaan anda sekiranya kejadian ini berlaku pada anda...

3 beranak sedang duduk sambil memesan makanan

Pelayan 1 : Selamat datang Ms, Sir. Saya .....(perkenalkan diri).. Ms mau order apa? Kami ada buat promosi.... bla...bla...bla (bagi penerangan pasal promosi tu).

Puan Saiman : Hai. Ok boleh bagi bla...bla...bla... (sambil order makanan).

Pelayan 1 : Ok, Ms. Saya ulang order..... bla..bla..bla... Itu saja Ms.

Puan Saiman : Ya, itu saja.

Pelayan 1 : Ok Ms. Tidak mau tambah side order lagi ?

Puan Saiman : Ndak la. Terima kasih.

Pelayan 1 : Ok, Ms. Pizza akan sampai dalam masa 17 minit. Sup dan minuman, akan kami hidangkan sebentar lagi.

Puan Saiman : Ok, terima kasih.

Pelayan 1 : Terima kasih Ms... Sir... (sambil pandang Papa)

Papa : ....Senyum (sambil angguk kepala)

Ndak sampai dua minit.... datang balik pelayan 1, hantar bil dan letakkan di laci di meja Puan Saiman duduk.

Lepas 2 minit. Datang Pelayan 2, hantar sup. Periksa bil, ntah apa yang dia coret2 di bil tu pun ndak tau la...

Pelayan 2 : Senyum....(sambil hantar Garlic Bread).

Puan Saiman : Adik... tadi kakak minta bread yang satu lagi tu, bukan yang ini)

Pelayan 2 : Sori ah Ms..(Periksa lagi bil). Oh ok Ms, sekejap lagi saya hantar.

Puan Saiman : Terima kasih.

Ndak lama lepas tu, datang lagi Pelayan 1.

Pelayan 1 : Ms, tu minuman belum sampai lagi ka?

Puan Saiman : Belum...(dalam hati : ndak nampak ka atas meja ni, mana ada minuman). Tapi ndak apa sebab Puan Saiman ndak sampai hati mau tegur, cuma Puan Saiman tenung jak Papa... Papa geleng-geleng kepala).

Pelayan 1 :... (ambil bil, check lagi). Ms mau sos apa.... sos cili, sos tomato...

Puan Saiman : Ok, bagi jak la, sos cili ngan sos tomato.

Lepas tu Pelayan 1 hantar sos yang diminta.

Ndak lama begitu sampai la pizza dihantar oleh Pelayan 2.

Puan Saiman : .....(Ambil 1 slice Pizza letak dalam pinggan Permata Hati).

Pelayan 2 : MAcam mana pizza kami Ms?

Puan Saiman : Ntah la dik, kakak belum lagi makan?

Pelayan 2 : Oh..sorry.... (terus berjalan)

Datang lagi pelayan 1.

Pelayan 1 : Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu Ms.

Puan Saiman : Tiada, terima kasih. Sambil jeling Papa.

Masa ni, Papa sudah semacam sudah ni. Apa indak, macam mana mau makan, malar la kena tanya. Bukan ndak bulih tanya, tapi tinguk-tinguk la bah urang mau makan ka atau mau bercerita ka....

Datang lagi Pelayan 2, tinguk lagi bil.... coret2 something di bil.

Datang Pelayan 1. Sambil bertanya : Ms, chicken wings tu belum sampai lagi ka ?

Puan Saiman : Kali ni ndak lagi tinguk pelayan tu cuma jawab : Belum...

Pelayan 1 : Ok Ms, saya pegi tinguk sekarang...

Ndak lama dia sampai hantar chicken wings tu... So Ms. semua sudah sampaikan...

Puan Saiman : Ya, terima kasih.

Papa pandang Puan Saiman jak.. sambil geleng-geleng kepala : Kalah doktor kan, Ma.

Puan Saiman : Ya bah. Ndak la durang tinguk kita mau makan ka, balik-balik mau datang, tanya ini itu... lepas tu balik-balik check bil... sekali atau dua kali tanya ok sikit, tapi kalau sudah balik-balik tanya menyampah juga.

Papa : Ya, very annoying kan...

Puan Saiman : Ya, betul tu....

So kepada pelayan-pelayan ni. Terima kasih juga kerana mengambil berat. Tapi kalau balik-balik datang dan balik-balik bertanya juga boleh mendatangkan kemarahan. Tapi tu lah kan, sudah tugas durang , tapi kalau bulih kurang-kurangkan la bertanya ni.

Friday, February 6, 2009

'TERMASUK'........

AWAS : Ini adalah pandangan peribadi Puan Saiman. Tiada niat utk 'memanaskan' hati. Cuma ingin membetulkan ayat. Tapi kalau silap, minta maaflah. Maklumlah Puan Saiman ni bukanlah tinggi sekolah pun. Maklumlah...ndak pandai... jadi kepada orang-orang yang pandai di luar sana tu 'pandai-pandailah'. Semasa entri ini ditulis, Puan Saiman demam dan baru sahaja makan ubat demam, ubat selesema dan ubat batuk. Jangan susah, semua ubat dimakan mengikut sukatan yang diberikan. Mungkin sensiif bagi sesetengah orang, kalau ndak suka sila tekan tanda 'x' disebelah kanan atas tu atau siapa yang guna Safari sila tekan warna merah yang bertanda 'x' sebelah kiri di atas.

2 malam lepas, kebetulan Puan Saiman sedang menonton berita jam 8 di salah satu stesyen tv yang kebanyakkannya pembaca beritanya memang popular sedang dan ada yg sdh jd datin pun, membaca berita tentang kawalan harga barangan. Salah satu ayat yang dinyatakan adalah seperti berikut :

'harga kawalan barangan akan diselaraskan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak'.

Inilah yang Puan Saiman mau cakapkan ni. Setahu Puan Saiman, Puan Saiman ni tinggal di Negara Malaysia. Malaysia yang tercinta ini mempunyai 13 buah negeri iaitu di Semenanjung Malaysia atau Malaysia Timur ada 11 buah negeri dan di Malaysia Barat atau Borneo pula Sabah dan Sarawak serta ada 3 Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Jadi kalau sudah sebut seluruh negara, kenapa lagi perlu sebut TERMASUK SABAH DAN SARAWAK. Kalaupun sudah sebut SELURUH NEGARA ndak payahlah sebut TERMASUK SABAH DAN SARAWAK kan...

Oleh kerana Puan Saiman tidak puas hati, Puan Saiman rujuk ngan Papa, Papa pun juga cakap kalau sudah sebut seluruh negara, ndak payahlah sebut lagi TERMASUK SABAH DAN SARAWAK .... itulah pasal. Satu persoalan difikiran Puan Saiman, bila sudah sebut seluruh negara, memang orang akan faham la, tapi bila disebut termasuk Sabah dan Sarawak, seolah-olah Sabah dan Sarawak ni bukan pula dalam Malaysia....sigh....

Kita nampak perkara ni memang kecil kan, tapi bagi seseorang yang tiada pendidikan macam Puan Saiman ni, perkara ni kadang-kadang menyakitkan hati juga.... memang anda di luar sana akan bercakap, heiii...don't to sensitive.... memang sensitif pun, sebab we're Malaysian right??? Apa anda rasa kalau negeri anda yang disebut begitu???

Utk maklumat lanjut sila layari web di bawah ni.....

http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia